BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30 June, 2008

دوسا عبارت لالت دان ڬونوڠ





دوسا عبارت لالت دان ڬونوڠ

كڤكأن ترهادڤ سسواتو منجادي اوكورن ترهادڤ نيلاي سسبواه مشاركت. مشاركت يڠ دبنتوق اوليه نبي ساڠت سينسيتيف ترهادڤ اجرن اسلام. سروان اونتوق جهاد دسمبوت دڠن ريلا هاتي. مريك سڠڬوڤ مڠوربنكن هرتا دان ديري مريك كران منڬقكن اڬام الله. مريك برلومبا-لومبا مڠرجكن كباجيكن دان كطاعتن والاو سكچيل مان سكاليڤون. كڤد مريك سموا كباجيكن اداله سوروهن الله. ڤد ماس يڠ سام مريك منجاوهي سڬالا لارڠن سام اد يڠ بسر اتاو كچيل. بسر اتاو كچيلڽ لارڠن ڤد مريك سام سهاج كران سموا ايت اداله لارڠن الله. لنترن كڤكأن ترهادڤ سوروهن دان لارڠن الله، مريك ساڠت تاكوت اونتوق مڠرجكن معصية والاو كسالهن يڠ كچيل سكاليڤون. جك مريك ممبوات كسالهن دان دوسا والاوڤون كچيل، مريك مراساكن ترتكان سأوله-اوله ڬونوڠ أحد اكن منيمڤا ديريڽ. اڤاته لاڬي جك دوسا يڠ بسر..
مشاركت سكارڠ سوده باڽق بربيذا. كبڽقانڽ تيدق ڤيكا ترهادڤ اجرن اسلام. والاوڤون تله ملاكوكن دوسا بسر يڠ ساڠت باڽق، نامون دراسكن سڤرتي سايكور لالت يڠ مڠهيڠڬڤ باتڠ هيدوڠڽ; سأوله-اوله تيدق اد اڤا٢. اين بربيذا سكالي دڠن ڬينراسي اول يڠ مراساكن اكن دهيمڤاڤ ڬونوڠ هاڽ ملاكوكن دوسا يڠ كچيل.
بتاڤ نبي آدم منڠيس براتوس-راتوس تاهون هاڽ ملاكوكن ساتو دوسا سهاج ايايت مماكن بواه خلد يڠ دلارڠ اوليه الله; سهيڠڬاكن ايرمات تڠيسنڽ مڠالير منجادي سوڠاي دان لاوت يڠ داڤت كيت منفعتكن هيڠڬ ديواس اين. باڬايماناكه كادأن كيت ادكه كيت منڠيس ستله ملاكوكن دوسا بوكن ستاكت ساتو مالهن تيدق تركيرا دوسا يڠ دلاكوكن؟
حسابله ديري سبلوم كيت دحساب.

Sesungguhnya...

Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…
Di hadapan-Mu ya Allah…

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

By : Ungu

p/s : Ikhlas keranaNYA...

23 June, 2008

Penciptaan


sperma dan ovum


'Balutan daging'


"Kemudian Kami menjadikan air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim)" (Al-Mu'minun, 13)

"Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan lalu segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain, Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik". (Al-Mu'minun, 14)

p/s : Subhanallah

Sang Semut

badan semut yang kecil mengangkat 3 keping biskut

Hampir terjatuh beban yang dibawa namun masih mampu mengangkatnya

p/s : Berat di mata belum tentu berat di kudrat

20 June, 2008

Kentalkah semangat ini?


Adik cepat baca sifir nanti adik tak bleh nak buat math

Dengan muka yang berkedut seribu adik cuba menghafal,

1 x 2 = 2

2 x 2 = 4

Semakin laju adik menghafal, dari satu angka ke satu angka

3 x 2 = 6

4 x 2 = 8

Namun apabila sudah jauh adik meninggalkan angka 1...

5 x 2 =...

Lama adik memikir...

Adik, kalau adik tak tahu adik tambah dua. Selepas 4 x 2 = 8 kan? Selepas 8 tambah 2 kita dapat berapa?

Kakak menanti dengan penuh sabar apabila melihat adik bersungguh-sungguh mengcongak.

Ha!! 5 x 2 = 11

Tersasar jawapan adik...

Adik, selepas 8, klau kita tambah 2 kita dapat berapa? Cuba adik kira betul-betul. Salah tu jawapan 11

Kakak yang setia menunggu melihat wajah kehampaan adik yang menyangkakan jawapan yang diberikan kepada kakak adalah betul

Kakak menunggu dengan penuh sabar...menantikan jawapan dari adik. Harapannya adik akan terus melangkah laju menghafal sifir 2 seterusnya sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6...dan akhirnya beroleh markah yang tinggi dalam matapelajaran matematik dan pasti antara nombor 1 dan 10 adalah reserve khas untuk adik.

Kakak tahu adik boleh menghafal sifir, kakak tahu adik pandai...adik rajin berusaha walaupun kadang-kadang adik merungut kepada kakak mengadu

“kenapa la adik susah nak ingat? Dah bnyak kali hafal sifir 2 pun asyik lupa jer”

5 x 2 = 10

Ha!!! tuh baru betul

Kakak lihat wajah adik penuh dengan senyuman...senyuman yang manis menampakkan gigi adik yang tersusun bersih.

Ok, lepas 5 x 2 ?

Kakak dengar keluhan kecil adik...mungkin sudah penat. Tapi kakak tak mahu adik berhenti...kakak tahu adik boleh hafal sifir ini.

6 x 2 = 12

Teruskan adik

Untuk melangkah ke angka seterusnya adik membaca kembali

6 x 2 = 12

Dan akhirnya...

7 x 2 =...

Adik, cuba adik tambah 2. Tadi lepas 6 x 2 kita dapat 12 kan? Jadi selepas 12 klau kita tambah 2 berapa?

Kali ini suara kakak agak tinggi. Tetapi apabila melihat kesungguhan adik mengira, mengcongak kiraan ini yang mungkin dianggap ‘kacang’ oleh sesetengah kanak-kanak seusia adik, Kakak segera beristighfar.

Lama kakak menunggu jawapan adik. Berpeluh kakak menanti jawapan adik...sama juga dengan keadaan adik, berpeluh...mungkin basahnya lebih dari Kakak. Basahnya yang hebat mungkin terkejut akibat dari suara Kakak yang meninggi tadi.

Namun, Kakak lihat adik tidak merenggek mengadu untuk dihentikan hafalkan ini. Malah, adik berusaha untuk mengira kiraan ini. Kakak kagum dengan adik.

Adik bukan orang yang cepat berputus asa. Kadang-kadang Kakak sendiri malu pada diri Kakak. Malu pada diri adik. Kalaulah adik tahu sifat Kakak yang cepat berputus asa ini, mungkin adik sendiri senyum sinis pada Kakak.

Kakak harus contohi adik.Kuatkan hati. Tebalkan dinding sel-sel hati ini!

7 x 2 = 14

Betul!

Adik tersenyum lagi...tersenyum bangga bila mendengar jawapan ‘betul’ dari Kakak. Adik bangga dengan kejayaan ini kerana adik tahu selepas ini adik akan melangkah kepada angka berikutnya. Namun adik tidak leka...adik teruskan

8 x 2 = 16

Betul, adik!...Teruskan adik.

Kakak masih mahu memberikan semangat kepada adik walaupun sudah hampir setengah jam berada di sisi adik menghafal sifir ini.

9 x 2 =...

Sekali lagi...

Adik tak menyerah kalah. Walaupun ada orang yang mengeluarkan perkataan yang sinis pada adik...namun adik tidak meminta pada Kakak untuk diberhentikan hafalan ini.

Sebab adik tahu, andai diberhentikan hafalan sifir ini, kemungkinan adik tidak akan dapat menjawab soalan matematik seterusnya adik akan mendapat markah yang tercorot dalam subjek ini dan seterusnya nombor tercorot pasti milik adik.

Dan kakak tahu adik semestinya bukan pelajar yang mahu nombor tercorot...bukan?

9 x 2 = 18

Meluncur laju dari mulut comel adik

10 x 2 = 20

Dan pasti...

11 x 2 = 22

Akhirnya...

12 x 2 = 24

Berseri wajah putih adik dengan senyuman, senyuman kejayaan.

Adik kena baca lagi nie, adik tak lancar lagi. Kalau dah lancar baru boleh ubah sifir 3.

Kakak terdengar lagi keluhan kecil adik...namun keluhan itu hanya sebentar.

Adik mahu dapat markah tinggi dalam subjek matematik. Kalau adik tak lancar sifir, adik tak dapat jawab soalan matematik. Kalau tak dapat jawab soalan matematik, macam mana Adik nak dapat antara nombor 1 dengan 10. Adik tak mahu dapat nombor corot.

Biarlah Adik ulang sifir 2 banyak kali...biar berbuih mulut comel Adik menghafal, asalkan Adik tak dapat tempat belakang dalam kelas.

Kental semangat tubuh kecil ini. Tak sama kentalnya dengan semangat Kakak yang dianggap matang ini. Malu Kakak pada Adik...lagi malu Kakak pada diri ini.

Lantaran itu, Kakak masih di sisi Adik...menunggu Adik. Mahu meyaksikan semangat kental ini!

p/s : Tebalkan dinding sel-sel hati ini!

16 June, 2008

Ubi Rebus utk POKCIK L


Ubi rebus bersama kelapa parut yg dicampur garam


“Sok ni klau POKCIK L tuh mai kt Kepala Batas, kita jamu dia makan ubi rebuih ja. Tok sah nak smbut lebih2. Biaq dia ‘ghasa’ skit. Biaq padan ngan muka”

“Dulu masa POKCIK M dok ada, ekonomi jatuh...tapi taklah rega brg naik mendadak. La nie, mkn nasi lauk paha ayam hat sekerat tuh pon...rega smpai RM4, gila btui!”

Kamus Dialek Pulau Pinang

mai : datang, mari

rebuih : rebus

ghasa : rasa

rega : harga

la : sekarang

hat : yang

p/s : ubi rebus sedap dimakan, berkhasiat,...jimat lagi

Naik...Naik...APA YG NAK TURUN?

Keluarga Pak Cik Nan

Dari kiri : Muhamad Alif (abang) & Muhamad Azim (adik)

Lebih kurang 2 minggu ni bermalam di rumah Mak Tok kt Kg Pertama, Pulau Pinang. Dah boring rasanya dok kt umah, lagi pulak Mak Tok dah berkali-kali ajak bermalam kt rumah dia...rasa tak baik pulak klau menolak permintaan Mak Tok aku yg sorang ni. Tok Wan ngan mak tok sebelah ayah dah meninggal, Tok Wan sebelah mak pn dah lama meninggal akibat kanser prostat...tinggal Mak Tok sorang jer dok ngan pak cik Nan aku.

Petang2 kt umah tok ada jgak aktiviti aku buat. Mengaji sama-sama ngan mokcik2 n tok2 kt sini. Dapat jgak aku btul2 kn bacaan tajwid aku yg ‘kurang’ nie...huhu. Tpi skang nie, alhamdullilah...Tok Ngah dah tak bnyak tegur bacaan aku, kira OK la kot bacaan aku. Tok aku sruh aku cukupkan sebulan belajar mengaji ngan Tok Ngah, tapi 23 hb nie nak kena blajar memandu plak...mcm mana eh? Tak pa la, nanti try ckp pelan2 ngan Tok.

Mlm2 plak jadi ‘cikgu’ kt sepupu aku(anak2 pakcik nan), tapi jdi cikgu untuk anak dia yg pertama ngan kedua jer. Yg sulong dah darjah empat (Nur Azmina), yg no.2 dah darjah 2 (Nur Aqilah). Rasanya klau nak handle yg kembar 2, Mohamad Alif (abang) ngan Mohamad Azim (adik) mahu pengsan aku...hehe, tak tambah lagi yg kecik, Mohamad Afiq yg umur baru 2 thn tuh. Bnyak ragam anak-anak ni.

Dengar keluhan pakcik nan pasal sara hidup anak2 dia, kesian pulak rasanya. Disebabkan harga minyak yang naik...semua barang pon naik. Bayangkan harga tambang van untuk Alif ngan Azim ke tadika RM 60...bkannya jauh sgt jarak antara rumah pengasuh ngan tadika tuh , tak sampai 15 minit rasanyer. Rasa mcm tak logik jer...tapi tu la kenyataan. Jumlah yuran sekolah untukseorng anak pon dah mencecah RM 300 (yuran sekolah kebangsaan+yuran sekolah agama+yuran mengaji+tambang van+etc), baru sorang...klau dah 5 org anak, brapa ribu ringgit dah invest?

p/s : satu benda yang akan turun. Jawapannya : HUJAN (^_^)

06 June, 2008

Harimau, Buaya & Tikus






Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


--------------------------------------------------------------------------------

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Seketul batu utk kenangan...


“CIKGU!Cikgu Iwani!”
“Oh , Cikgu Manap!Apa halnya?”
“Cikgu mengelamun ya!Tentu ingat orang yang jauh,” usik Cikgu Manap.
Memang pun aku sentiasa ingat orang yang jauh sebab di sini bukanlah negeriku.

”Cikgu bertugas minggu ini, bukan?”
Iwani mengangguk.
”Ada pelajar sakit. Mungkin kena gastrik,”kata Cikgu Manap sambil memandang Iwani.
”Siapa?”
”Juana, murid Dua Merah.”
”Oh!”sahut Iwani sambil menelan air liur.
Sebentar sahaja kenangan pagi tadi bagaikan iklan televisyen berulang-ulang lagi dalam kotak fikiran Iwani. Hampir dua waktu Iwani mendera Juana berdiri di depan bilik darjah. Juana yang hanya berskirt singkat tanpa stoking terpaksa berpeluk tubuh sambil menggigil di tepi longkang. Cuaca pula sejuk sekali pagi tadi,ditambah pula dengan hujan yang mula turun rintik-rintik berserta angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Tetapi peduli apa,Juana yang tidak menyiapkan latihan Matematik!Dia wajar menerima hukuman untuk itu.

Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga, disebabkan Juana seorang tidak siap kerja, satu kelas menerima leteran Cikgu Iwani.
”Badan saja besar, tulisan macam kuman ,” jerkah Cikgu Iwani kepada Nyadang.
Nyadang yang tidak berani lagi memandang wajah Cikgu Iwani cuba menahan tangis. Cikgu Iwani kemudiannya mencari-cari kesalahan murid lain. Mansor masih teresak-esak kerana disergah Cikgu Iwani sebab lama ke dalam bilik air. Apabila tidak ada perkara lain untuk Cikgu Iwani marah,Abu yang pendiam dan rajin itu pun digertaknya kerana mata pensel tumpul. Cikgu Iwani dengan senang hati membiarkan Nana dan Suhan berdiri dengan sebelah kaki selama setengah jam di atas kerusi kerana meniru.






”Kenapa mereka menjadi mangsa untuk aku melepaskan geram dan sakit hati ini? Hampir dua bulan sejak aku habis maktab, dan kena `posting` di daerah ini , aku telah bertukar menjadi garang seperti singa.Ah, aku sendiri tidak kenal diriku lagi. Salah Jabatan Pendidikan juga, kenapa hantar aku ke tempat bukan pilihanku?”keluh hati kecil Cikgu Iwani.

”Mansor kata, cikgu denda Juana tadi,”Suara Cikgu Manap menikam jantung Cikgu Iwani.
Nantilah, Mansor, sudah pandai mengadu rupanya.
”Dia yang tak siapkan latihan yang saya beri.Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Macam mana saya nak bersabar,” kata Cikgu Iwani kepada Cikgu Manap, cuba menyembunyikan rasa bersalahnya.

* * * * *

Cikgu Iwani memangku Juana dalam hujan lebat. Wajah Juana semakin pucat. Takutnya kepada Cikgu Iwani mengalahkan takutnya kepada hantu. Mujurlah Cikgu Manap menemaninya bersama. Kalau tidak Juana telah lama sesak nafas, menahan gementar. Cikgu Manap yang terkenal dengan sifat penyayang serta sabar itu, memayungkan mereka ke arah kereta.

Kini barulah Cikgu Iwani berasa bersalah kerana mendera Juana pagi tadi. Tempias hujan menerpa wajahnya dan pecah berderai bersama air mata yang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta Cikgu Manap, Cikgu Iwani mencapai kertas tisu dan mengeringkan mukanya yang basash. Rasa asin air mata jatuh di bibirnya.

Kereta buruk Cikgu Manap terhinggut-hinggut meredah hujan yang semakin lebat menuju ke Poliklinik di Jalan Oya.

Cikgu Manap ikut tersenyum. Dalam diam, Cikgu Manap mengakui Cikgu Iwani sebenarnya baik dan bersifat keibuan. Cikgu Manap selalu sahaja mendapat aduan terutamanya daripada murid-murid darjahnya mengenai `kekejaman` Cikgu Iwani. Kata Mansor Cikgu Iwani garang mengalahkan mendiang datuknya yang kononnya pernah menampar cucu Raja Brooke. Tetapi pada saat ni, tidak benarlah aduan Abu dan Suhan , tidak tepatlah apa yang dikatakan oleh Mansor dan seolah-olah bohonglah Juana serta karutlah omongan Kates selama ini. Cikgu Iwani di sebelahnya di tampak begitu baik dan sungguh anggun.

”Kenapa kita balik ke sekolah semula?”soal Cikgu Iwani kepada Cikgu Manap.
”Kerana rumah Juana berdekatan dengan sekolah. Lebih kurang seratus meter sahaja dari sekolah,”balas Cikgu Manap sambil menunjukkan rumah Juana yang usang.




Hujan semakin lebat, namun hujan di hati Cikgu Iwani lebih lebat lagi apabila melihat keadaan rumah Juana dan keperitan hidupnya yang ditempuhi selama ini.
Cikgu Iwani menahan mutiara-mutiara matanya daripada jatuh ke pipinya.Cikgu Manap melambai-lambai ke arah rumah Juana. Sejurus kemudian, dua orang budak lelaki menerpa keluar.

”Emak ada?”tanya Cikgu Manap kepada kedua-dua budak lelaki itu yang basah kuyup tanpa baju.
Mereka menggeleng.”Emak tak ada, ayah pun sama,”kata abang Juana yang berumur sepuluh tahun itu.Cikgu Iwani menghulurkan payung kepada mereka. Mereka menerimanya dengan memberikan senyuman yang manis kepada Cikgu Iwani.
”Ada apa cikgu datang ke sini?”soal Ali.
”Cikgu sebenarnya hendak menghantar Juana ke sini, dia sakit,”kata Cikgu Manap.
Kedua-duanya terkejut dengan khabar yang baru sebentar tadi diterimanaya. Pandangan beralih ke belakang kereta. Cikgu Manap membuka pintu tempat duduk belakang. Lantas si abang terus mendukung Juana . Cikgu Manap memayungkan mereka ke rumah. Sementara si adik pula mengambil beg plastik berisi alat tulis dan buku-buku sekolah Juana.Cikgu Iwani sempat juga menghulurkan plastik berisi ubat untuk Juana.

Cikgu Iwani merasakn kakinya kaku untuk berjalan ke rumah Juana .Dia tidak sanggup melihat kepedihan hidup anak muridnya yang sering didera dalam kelas.Baru Cikgu Iwani sedar, betapa bertuahnya dia dibesarkan dengan kekayaan sebagai anak Dato` Zulkifli dan Datin Aisyah..Selama ini, dia selalu mengeluh dengan apa yang dia perolehi selama ini.Cikgu Iwani menanggung pilu sendirian.

Sementara menunggu Cikgu Manap, Cikgu Iwani melihat rumah Juana yang beratapkan zink dan berdindingkan kayu nipis yang boleh melayang bila-bila masa jika angin kencang..Rumahnya yang lebih kecil daripada bilik Cikgu Iwani di Ketumbar Heights membuahkan rasa insaf dalam hati nuraninya.

`Aku ini memang tidak tau bersyukur`.Tak sudah-sudah merungut; kenapa mereka hantar aku ke sini.Paling teruknya, aku masih berharap agar abah dapat mencari kabel membawa aku keluar dari Bumi Kenyalang ke Kuala Lumpur secepat mungkin.Memanglah aku tak betah tinggal di Sibu ini, tapi sebenarnya aku sendiri yang terlalu sombong dan angkuh untuk cuba suaikan diri aku di sini.

Tiba-tiba,Cikgu Iwani malu pada dirinya sendiri.Di Kuala Lumpur, siapalah yang pedulikan guru sekolah rendah sepertinya.Kebanyakan murid-murid ada tuisyen luar. Setiap kali mengajar di dalam kelas, pasti murid-muridnya sudah tahu jauh ke depan tentang sesuatu bab yang diajar.Iwani telah merasakan keadaan seperti itu semasa latihan praktikal di Damansara di Sekolah Kebangsaan Taman Muda.Sedangkan di sini, mereka benar-benar memerlukan tenaga pengajar.




”Tidak bolehkah aku berkorban sedikit demi bangsaku juga?Tidak bolehkah aku membuang sedikt rasa sombong dan angkuh untuk mengajar mereka yang lebih memerlukan?”desus hati Iwani yang masih mencari hidupnya yang sebenar.

Hujan sudah mulai reda ketika Cikgu Manap kembali semula ke kereta.Kemeja berwarna biru tuanya separuh basah. Sambil tersenyum kepada Cikgu Iwani,dia cuba menghidupkan enjin kereta, tetapi gagal. Cikgu Iwani ketawa.

”Beli jelah Proton Wira,” gurau Cikgu Iwani.
”Nak beli memang senang, Banyak bank yang boleh memberi pinjaman, tapi saya tak sanggup hidup dalam hutang-piutang,” tegas Cikgu Manap, yang sudah lima tahun berkhidmat di Sarawak.

Cikgu Manap berasa agak kecik hati dengan gurauan Cikgu Iwani.Buruk-buruk keretanya pun, hasil duit simpanannya yang halal.Cikgu Manap cuba lagi menghidupkan enjin keretanya, kali ini dimulakan dengan `Bismillahirrahmanirrahim.`Allahmdulillah, enjin keretanya hidup juga. Cikgu Manap dan Cikgu Iwani meninggalkan rumah Juana sambil melambai ke arah Juana dan adik-beradiknya.

* * * * *

”Itu ke guru bahasa Orang Putih dan Ilmu Hisab?”
”Itu ke?”
Juana mengangguk-angguk.
”Juana kata, guru perempuan itu jahat.Tapi abang tengok dia baik dan cantik,:kata Ali.
”Memanng Cikgu Iwani cantik tapi garangnya macam singa! Dia nampak baik tadi sebab dia takut kepada guru kami.Cuba kalau Cikgu Manap tak ada...”kata Juana sambil ketawa .Tiap-tiap hati Juana menceritakan keburukan Cikgu Iwani kepada Ali.
”Oh,”sahut Ali dengan rasa separuh percaya dengan cerita-cerita Juana selama ini.

”Juana, ubat ini hendak makan banyak mana?”
Ali membuka penutup botol ubat sambil tangan kanannya memegang sudu kecil yang sudah bengkok pemegangnya.
”Yang ini makan kalau sakit, yang ini cuma satu sudu saja dan yang ini...tak payah sebab pahit,”
Juana ketawa sambil melarikan diri . Ali mengejar Juana dengan botol ubat di tangannya. Juana masih ketawa. Adik mereka, Antik pun turut ketawa . Sekejap sahaja Juana dapat ditangkapnya.Rumah sesempit ini, sejauh manalah mereka dapat berlari dan bersembunyi. Kalau orang kentut perlahan pun dapat dikesan oleh telinga.
”Cepatlah makan ubat!Jangan main-main lagi,”kata Ali seakan-akan jauh hati.




Ali berasa sedih,walaupun sudah sepuluh tahun, dia masih buta huruf.Juana selalu berjanji, dia akan mengajar Ali membaca dan menulis. Namun janji tinggal janji. Balik dari rumah, Juana terpaksa mengasuh adik kecilnya, Jurainah.Sementara dia sendiri sibuk membantu emak dengan kerja-kerja rumah yang lain.

Sebelah malam pula, ayah mengajar mereka sekeluarga mengaji al-Quran dan mengenal serta menulis huruf-huruf Jawi. Kalau ayah letih, mereka terpaksa tidur awal. Emak langsung tidak benarkan mereka menyalakn lampu minyak tanah kerana emak bukan sahaja takut terbakar, tetapi mereka harus berjimat. Gaji ayah sebagai buruh binaan bukannnya banyak.Kalau tidak bekerja lagilah, tiadalah gaji. Sekadar tiga belas ringgit sehari untuk mereka makan,Ali sedar,ayah tidak mampu menyekolahkannya seperti Juana.

Kadang-kadang dia berasa kesal berkorban untuk Juana dahulu. Sepatutunya, dia yang bersekolah, bukannya Juana.Malulah kalau orang lelaki tidak tahu membca. Tiba-tiba timbul rasa cemburu terhadap Juana. Tetapi apabila teringat adiknya yang selalu sakit-sakit dan ingin sangat ke sekolah, hatinya menjadi ikhlas.
Dia rela membantu di rumah.Biarlah Juana yang merasai segala keseronokan sebagai murid. Tahun depan, kalau ayah berduit tentu Antik pula masuk darjah satu.Kemudian Daud,selepas itu, Jurainah. Sedangkan dia sendiri akan menjadi buta huruf untuk selamanya. Akukah yang bakal mewarisi kerja ayah nanti?Ali diburu rasa kebimbangan.

”Hairan, ke mana pula ayah ini?Agaknya masih menunggu hujan betul-betul reda,” desus hatinya. Emak pun belum pulang lagi.Biasanya pukul dua petang emak sudah ada di rumah. Juana sudah nyenyak tidur di sebelah buaian Jurainah. Daud yang berusia empat tahun masih terbaring keletihan selepas puas bermain hujan pagi tadi.Antik seperti biasa menunggu emak di tangga pada waktu-waktu begini.

Selalu juga emak membawa sesuatu apabila pulang. Sejak emak bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di kedai India Muslim di seberang jalan sana, mereka jarang kelaparan pada waktu petang. Ada saja yang tauke kedai itu bekalkan untuk mereka . Antaranya yang paling mereka suka- roti canai.Walaupun itu cumalah lebihan jualan tetapi bagi Ali dan adik-beradiknya, makanan itu sungguh enak . Kata emak, kalau roti itu masih panas-panas, rasanya lebih sedap dan lembut dengan yang emak bawa balik.

Kasihan emak,dalam keadaan berbadan dua pun masih kena bekerja. Ayah kata, kalau Ali besar sikit, bolehlah ganti emak kerja di kedai itu. Sebanarnya, Ali rasa dia sudah cukup dewasa. Dia sudah mampu menjadi `emak` kepada adik-beradiknya, apabila emak keluar bekerja. Ayah juga menyerahkan tanggungjawab mengawal Juana , Antik, Daud, dan Jurainah kepadanya. Kalau emak sakit, dialah yang merawat emaknya. Jadi, Ali rasa, dia sudah bersedia untuk segala-galanya untuk keluarga.



Selama ini kerja yang lebih berat daripada itu pun, dialah yang melakukannya.Siapa yang mengangkut air berulang kali dari pili yang berdekatan, kalau bukan dia. Setakat untuk membasuh pinggan mangkuk, dia memang cekap. Tiap-tiap hari itulah kerjanya di rumah.

”Emak balik!Emak balik!”jerit Antik.
Mendengar jeritan tersebut, Daud menerpa ke arah pintu. Juana terbangun dari tidur.Ali memandang tangan emak. Tidak ada plastik makanan seperti kelmarin.Juana menelan air liur. Antik hampa.Daud kecewa.Ketika ini, Ali rasa ingin cepat-cepat bekerja di kedai mamak tu supaya dia boleh makan roti canai panas-panas, dan membawa balik roti canai banyak-banyak untuk adik-adiknya.

Melihat empat pasang mata merenungnya,Saftuyah faham hasrat anak-anaknya. Tetapi apakan daya,hari ini orang ramai tidak ada jualan yang berbaki. Mujurlah tangisan Jurainah membuatnya boleh naik rumah tanpa soal jawab. Saftuyah terus menghidupkan dapur kayu. Sudah pukul tiga, perut anak-anaknya belum berisi.

* * * * *

Sejak Cikgu Manap bercerita fasal keluarga Juana , Cikgu Iwani selalu memerhati mereka. Mereka sering bermain di luar pagar sekolah. Sekarang ini sudah rutinnya, menunggu bas berdekatan dengan pohon besar berhampiran dengan rumah Juana. Pemandu bas nombor empat itu telah cam muka Cikgu Iwani. Jadi dia sering menyembunyikan hon dan Cikgu Iwani tidak pernah tertinggal bas.

Cikgu Iwani berpura-pura membca sedangkan ekor matanya meliar mencari Juana dan adik-beradiknya. Enatah kenapa, cikgu Iwani rasa tertarik untuk mendekatkan dirinya dengan mereka, terutamanya Ali. Menurut Cikgu Manap, Bapa Juana rakyat Indonesia yang berasal dari Acheh. Ibunya pula berketurunan Iban yang memeluk agama Islam.
Kata Cikgu Manap lagi,Juana bersekolah pun atas ihsan Guru Besar sekolah mereka sahaja.

* * * * *

”Cikgu!Cikgu!”
Aku mencari arah suara yang halus tadi.
”Oh, inilah Ali, bukan?”tanyaku.
Dia mengangguk.
”Buku cikgu jatuh.”
Dia mengambil buku yang jatuh itu dan menyerahkan kepadaku.
”Ambillah .”Aku memberi semula buku cerita itu kepadanya.Dia menolak.Aku menghulurkannya lagi.
”Tak payahlah, saya tak tau membaca,”kata Ali sambil memandangku dengan rasa malu.




Aku berasa hairan.Anak-anak abangku dalam usia begini, bukan sahaja sudah boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baiknya, tetapi juga mahir berbahasa Inggeris. Mereka sudah boleh membaca ensiklopedia dan cekap bermain `scrable`.Aku yang lepasan TESL ini pun mudah dikalahkan anak saudaraku itu. Tiba-tiba, di hadapanku ada budak yang tidak boleh membaca, walaupun sudah berumur sepuluh tahun, aku kira! Apa yang sekolah telah lakukan kepada budak-budak seperti ini? Apa sudah jadi dengan 3M?



”Saya tidak pernah pergi ke sekolah ,cikgu,” kata Ali seperti faham apa yang tersirat di dalam hatiku.
”Oh!”Perjudisku terhadap KBSR terkubur di ditu.
”Juana tak tolong ajarkan?”tanyaku.
Ali menggeleng lagi.”Dia tak ada masa, cikgu”

”Cikgu boleh tolong kamu.”
Dengan mudah sahaja aku berjanji.Rasa simpati mengatasi segalanya.Semalam menerusi telefon aku sudah beritahu abah, aku sudah tidak perlu `kabel` lagi. Aku sedia tinggal di sini sehingga tempohnya. Abah ketawa dan mengusik . Kata abah, tentu aku sudah terpikat dengan orang Sarawak.

Aku tidak menafikannya dan tidak pula mengiyakannya.
”Tunggu cikgu pukul 12.30 tengah hari di sini. Pukul satu baru bas cikgu datang, jadi cikgu dapat ajar Ali dalam setengah jam, Insya-Allah.”

Wajah Ali menjadi cerah. Aku berasa sungguh gembira. Dari jauh, aku nampak Juana menyorok di belakang adiknya.Dia masih tidak mesra denganku. Mungkin masih fobia dengan wajah singa di mukaku. Murid-murid yang lain masih melekat di pagar sekolah menyaksikan murid-murid lawan bola di padang. Walaupun habis badan mereka tercetak dengan corak jaringan pagar yang persegi, mereka tidak kisah. Panas-panas begini mereka rela tenpa baju dan berpayungkan matahari, berdiri tegak di situ. Lasak sungguh.

”Terima kasih, cikgu.”Bas nombor empat memisahkan bicara kami.

* * * * *

Setelah hampir setahun Cikgu Iwani berkhidmat di Sarawak, kini tibalah masanya Cikgu Iwani untuk berpindah semula ke Kuala Lumpur.Juana memberitahu abangnya, Ali bahawa tidak lama lagi Cikgu Iwani akan meninggalkan Bumi Kenyalang itu hujung minggu ini.




Ali berasa bagitu sedih sekali dengan perkhabaran yang diberitahu adiknya itu.Dia sayang sangat dengan Cikgu Iwani kerana cikgu itu telah mengajarnya membaca sehingga dia boleh membaca dengan lancar sekarang ini.Bagi dirinya, Cikgu Iwani merupakan guru yang penyayang dan baik hati kerana mengajarnya tanpa perlu membayar sesen pun.Juana mengakui bahawa Cikgu Iwani telah berubah menjadi guru yang penyayang.Bukan lagi seperti singa.Namun, Ali tahu, setiap pertemuan itu akan berakhir dengan perpisahan.Itulah kata-kata Cikgu Iwani semasa tempoh Cikgu Iwani berada di situ semakin singkat

Esok, Cikgu Iwani akan meninggalkan Bumi Kenyalang itu bersama dengan kenangan yang tidak akan dia lupa.Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Cikgu Iwani telah berjanji kepada Ali, dia akan ziarah rumah Ali dan keluarganya.

Ali memberikan satu sampul surat dan bungkusan yang berbalut dengan kertas surat khabar kepada Cikgu Iwani.
”Cikgu, saya harap cikgu sudi menerima buah tangan saya yang tidak seberapa ini.”
”Terima kasih, Ali. Buat susah-susah je.”
”Sama-sama,cikgu.Budi cikgu yang telah cikgu beri kepada saya tidak dapat saya membalasnya, jadi ini saja yang dapat saya berikan.Tidaklah susah mana pun. Cikgu bukalah sampul surat dan bungkusan ini ketika dalam penerbangan ya.”
”Baiklah, Ali. Cikgu gembira dapat berjumpa dengan kamu. Cikgu harap kamu semua belajar bersungguh-sugguh,”kata Cikgu Iwani kepada adik-beradik Ali.Keluarga Ali turut mengucapkan terima kasih atas kesudianku mengajar anak-anak mereka.

Seluruh keluarga Ali mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepadaku. Aku menahan sebak yang dari tadi hadir , namun aku memaksa diri untuk ceria apabila berhadapan dengan Ali dan keluarganya.Mereka melambai-lambai kepadaku ketika aku berangkat pulang ke rumah sewaku.

* * * * *

Dalam penerbangan ke Kuala Lumpur,Cikgu Iwani membuka sampul surat dan bungkusan yang diberikan oleh Ali.Dalam isi surat itu:

Ke hadapan Cikgu Iwani yang kusayangi..Saya harap cikgu
dapat mnerima batu yang tidak seberapa itu sebagai buah tangan
daripada sayaMakna batu itu menunjukkan ingatan saya dan
keluarga saya terhadap cikgu ridak akan luput kerana
telah banyak budi yang cikgu curahkan kepada kami
sekeluarga.Saya harap cikgu simpan batu itu sebagai
kenangan cikgu selama cikgu berada di sini.Budi baik cikgu tidak dapat
saya membalasnya.Kehadiran cikgu bagai lampu yang menerangi
hidup saya yang penuh dengan kegelapan.Terima kasih cikgu kerana
sudi mengajar saya membaca selama dua bulan.Cikgu tidak
pernah rasa jemu mengajar saya membaca dalam tempoh yang
panjang itu.Akhir kata, semoga cikgu selamat sampai ke tempat
yang dituju dan menjadi guru yang lebih cemerlang di sekolah baru.
Terima kasih, cikgu.

Sekian.

Menitis mutiara berharga dari mata Cikgu Iwani selepas membaca surat itu.Dia melipat kembali surat itu dan memasukkannya kembali.Dalam dirinya, dia berjanji, dia akan menjadi guru yang baik dan memahami. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memadamkan sifat sombong dan angkuhnya setelah mula mengajar di sekolah yag baru nanti.

-TAMAT-

Peraduan 100 Hari 100 Kereta haram

Peraduan 100 Hari 100 Kereta haram - Mufti

KANGAR 4 Jun - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom Mobile Sdn. Bhd., kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurutnya, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

"Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian.

"Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, kerajaan juga harus meneliti dan memberi perhatian terhadap peraduan itu dan jika boleh menarik balik atau membatalkannya.

"Saya melihat peraduan ini lebih menguntungkan penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya pula kehilangan wang akibat pertaruhan seperti itu.

"Bayangkan kalau seorang menjawab sehingga 50 soalan kerana belum dapat meneka atau menjawab dengan tepat, berapa banyak wang mereka akan hilang," katanya.

Peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom Mobile Sdn. Bhd., itu bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini.

Ia menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi setelah menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada pelanggan Celcom

04 June, 2008

testing...testing...

Nadiah, jom solat maghrib sama-sama?

Ok, jom akak.

......

La, solat jemaah ke?

Ye la, kita solat 'sama-sama', solat jemaah. Solat jemaah kan ada 27 rakkat.

Ha!!, 27 rakaat?hahaha...ketawa adikku, Nadiah bila mendengar aku tersasul menyebut 27 rakaat

Eh2, silap plak. 27 pahala. hehe, mcm mana plak boleh tersasul 27 rakaat?tersengih aku melihat adik bongsu aku ketawa atas kesilapan yang tak ku sengajakan.

......

assalammualaikum w.b.t

aku memberi salam yang terakhir.

Setelah berdoa pada RABBUL IZZATI, aku bertanya , Nadiah, jom baca quran sama-sama?

Kulihat Nadiah tersenyum simpul sambil mengambil quran di atas meja.

Akak, knp bila adik baca surah yassin...lancar jer, tapi bila baca quran macam kurang sikit?

Adik mesti baca surah yassin selalu kan?bila selalu baca mesti dah mantopppp (sambil meniru gaya ustaz Zamri dalam rancangan 'mari mangaji')

Tersengih adikku menampakkan giginya yang putih bersusun.

Sekarang nie jom baca quran sama-sama. Kt asrama, ustazah dah ajar mengaji sampai mana?

Sampai surah Al- Baqarah, tapi tak ingat ayat mana sebab muka surat quran ni lain dengan asrama punya quran.

Kalau macam tu, kita mula baca dari surah al-fatihah.

......

Alhamdullilah, selesai kami membaca quran dan terjemahannya.

La, akak...dah lambat dah ni. Nak belajar nie, kerja sekolah banyak tak buat lagi.

Ku lihat Nadiah gelisah bila aku cuba memanjangkan masanya bersama aku dengan cerita yang aku hendak sampaikan.

Ala, kejap la. Kita tunggu la sampai waktu Isyak masuk, boleh solat sama-sama.

Untuk membuatkan dia terus 'bersama' aku, aku cuba menceritakan Kisah Ghulam, seorang anak yang pandai menentang Raja nya yang zalim.

Berkerut dahinya cuba memahami apa yang aku sampaikan kerana ayat aku yang tersangkut-sangkut. Ada bahagian yang aku 'lompat-lompat' disebabkan memori aku yang tengah 'hang' pada cerita tersebut.

Selesai Kisah Ghulam ku ceritakan, aku cuba menyimpulkan pengajaran dari kisah tersebut yang Kak Ain ceritakan dan aku masih mengingatinya iaitu kita mesti mempelajari ilmu agama labih dari segala ilmu (kepada yang pernah membaca Kisah Ghulam, Ghulam bertemu 2 kali dengan Rahib manakala Ahli Sihir hanya sekali sahaja).

Azan Isyak sudah berkumandang, aku akhiri majlis ilmu aku bersama adik tercinta dengan surah asr dan tasbih kifarah...ALHAMDULLILAH...Kami terus solat Isyak 'bersama-sama'

p/s : Percubaan pertama...banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. KEYAKINAN!!!

03 June, 2008

Tetapkan KAMI, Ya Allah...


Tuut...tuut (mesej diterima) : aku dah tak bleh nak join 'program' dah la. Famili aku dah tak izin kan. Mak aku ckp, klau syg kt dia...jgn dah g 'program' mcm nie. Bila aku tnya, knp...mak ngan ayah aku ckp jgn bnyak tnya. Mak ngan ayah ko tak bising ke ko g 'program'?

Tuut...tuut (mesej dihantar) : mak ngan ayah aku bising gak aku g 'program' mcm nie.tapi pas nie mngkin g 'sembunyi2'. Syg la klau ko tak ikut...klau g 'sembunyi2' tak leh ke?

Tuut...tuut (mesej diterima) : Bkn tak leh g 'sembunyi2'...tapi naluri keibuaan bleh tahu. Aku tak leh nk tipu mak aku, mak aku mcm tahu klau aku sembunyi apa2 dari dia. Lgpun mak aku ngah sakit...aku sedih klau tngok muka mak aku. Aku pn sdih wei tak dapat nak join korang smua :(

......................................................................................................................................................................................

Suatu petang...

Mak : Sudah. Lepas ni jangan dah nak ikut 'benda-benda' mcm nie. Mak takut hg dok ikut ajaran sesat mana. Sat g hg dok ikut org pkai purdah plak.

Ayah : La nie belajar la dulu. Sok keja, hg nak p mana2 nak buat apa pn ayah dah tak kisah dah. La nie belajar dulu. Cuti nie toksah nak p jauh...dok kt umah ja, buat apa yg patut.

p/s : YA ALLAH...ADAKAH INI YANG DINAMAKAN UJIAN UNTUK AKU TERUS BERJUANG DI MEDAN INI?...YA ALLAH, ANDAI KAU TELAH TETAPKAN AKU DI JALAN INI, KAU KURNIAKANLAH AKU KEKUATAN, SEMANGAT YANG TINGGI SEPERTI PARA SAHABAT TERDAHULU AGAR AKU TETAP DI JALAN INI, YA ALLAH...

02 June, 2008

DOA KU...DOA KITA...(^_^)