BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

28 July, 2008

Mus'ab bin Umair



Berikut kisah Mus’ab bin Umair:

MUS’AB BIN UMAIR : Pemuda Dakwah

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi,
Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di
tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu
semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan
kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan
kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang
pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.
Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

p/s : Ku mohon pergertianmu...

27 July, 2008

Kami, AN-NAHL

Kami, AN-NAHL

KAK AIN
SHIDA
FAREHA
ANIS
ILA

"Ya ALLAH Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi (perintahMU), bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-MU, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-NYA (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada MU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para shuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong".

"Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan ini"

p/s : ANAK-ANAK AN-NAHL (^_^)

22 July, 2008

Misi Lesen P


Gambar nie bukan gambar sebenar Pak Cik Rahman (^_^)

Bismillahirmanirrahim...

Alhamdullilah...syukur dipanjatkan kpd yg Maha Esa, masih lagi diberikan olehNya pada ku nikmat-nikmat yg tak terhingga dan yg paling nikmat ISLAM dan IMAN.

Dah lama rasanya tak update blog yg terlahir nie dgn hasil taipan buah fikiran aku. Kalau ada post baru pun...hanyalah yg copy paste jer, hehe (senang2 jer aku menciplak karya orang...hurmm~~tapi harap2 posting blog yg di copy paste tuh ada manfaat nyer~~~insya allah...)

Dah 2 minggu berada dalam semester yg baru...alhamdullilah. Makin berat misi yang nak dilaksanakan pada sem nie ~~~moga2 ALLAH permudahkan segala urusan ku~~~. Ditambah dengan jumlah 18 kredit pada sem baru nie...dan juga ‘misi telur kuning’ aku , membuatkan aku harus sentiasa tabah menghadapi segala rintangan...Insya Allah

Dlm sibuk2 memikirkan ‘misi telur kuning’...alhamdullilah, aku dikurniakan dengan satu berita gembira~~~akhirnya aku Berjaya mendapat lessen P untuk kete (14.07.2008—tarikh keramat nie~~~berbaloi aku ponteng kuliah Teori ngan Psikologi)...hehe, ALHAMDULLILAH~~~bersyukur yg teramat2. Klau nak difikirkan, rasanyer mcm tak layak jer nak dapat lessen P sbbnyer masa buat latihan pn, YA ALLAH...hnya ALLAH yg mengetahui ~~~habis divider jln aku langgar, huhu (nasib bek tak berlaku tragedi menyayat hati...huhu), di campur tohmahan dari Pak Cik Rahman (cekgu memandu aku...) yg mengatakan klau aku dapat lessen P pn, lessen P tuh bleh letak sebelah sijil ijazah aku (CISSS!!! Berani Pak Cik tuh komen ak di tahap melampau...tak apa2 tngoklah nanti...klau kete aku lalu jer tepi dia, SIAPLA!!!)...hehe, tiba2 ter’emo’ plak. Tapi apa2 pon terima kasih bnyak2 kt Pak Cik Rahman (^_^)...(sy tak amek hati ngan Pak Cik...cuma tersontap skit jer pabila ayat tuh kedengaran). Sy amek kata-kata Pak Cik sbgai cabaran utk sy, Pak Cik tngok la smpai bila lessen P tuh akan terus berada di sisi sijil ijazah sy (ceh! Ayat...mcm berupa ancaman jer, hehe). Mak ngan ayah pon ternyata gembira dgn berita nie, tambah2 bila aku tngok muka mak...berseri-seri bila dapat tahu aku lulus test memandu...(pas nie nak isi jawatan pemandu keluarga Muhamad Daut...hehe)

Sampai Tg Malim 15 Hb (selepas berjaya melengkapkan misi LESEN P), Kak Ain dtg jemput aku kt stesen Tg Malim, ceria jer muka dia bila tnya aku lulus ke tak test memandu...hehe, ALHAMDULLILAH kak, sy dah lulus. Selepas seharian berada di rumah Kak Ain di Taman Nusa, tetiba

"Ha, akak nak fareha bwak kete nie smpai KHAR"

“Gulp!...nak bwak kete?smpai KHAR?” Ala...akak tak berani la

“Ok2, klau cam tuh smpai depan tmn tuh pn tak apa. Bila lagi nak cuba bwak”

"Ok sy bawak" (mcm nak kena angkat jer kete kancil nie..hehe)

Lalu dengan penuh suspended, aku pon terus mengeluarkan kancil dari tempat parking nyer. Yakin plak rasanyer bwak kancil nie smpai depan taman tuh...tetiba

“Ha, awak bwak la smpai KHAR”.

“Ok Kak” (ingt tak nak bwak, tapi tetiba bila terdesing dgn ‘kata-kata mutiara’ Pak Cik Rahman, aku pon terus menekan pedal minyak menuju KHAR...hehe, ALHAMDULLILAH...selamat jgak smpai kt KHAR tanpa ada tragedi berlaku)

Misi lessen P yg telah terlaksana nie rasanyer leh menjadi sebahagian 10% kepada misi telur kuning aku...Insya ALLAH. Misi telur kuning?...(mende la penulis nie...compiuh aku sbgai pembaca, hehe). Semua nak tahu eh? Ok...tuk blog yg akan datang aku akan ceritakan ‘MISI TELUR KUNING’...nantikan eh dan sebelum tuh sebagai santapan anda semua...terimalah (jeng2...mcm suspend jer)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendakkan menjadikan KHALIFAH di bumi” Mereka berkata “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujiMU dan menyucikan nama MU?”Dia berfirman, “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (Al-Baqarah : 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaKU” (Az-Zariyat : 56)

08 July, 2008

Beruang Kutub

Beruang Kutub

Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.

Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).

Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai "sepasang cermin mata gelap" dan ia melindunginya daripada buta salji.

Di copy paste: harunyahya

p/s: Jangan di sangka makhluk yang berbadan besar tidak mempunyai kelebihan

Bagaimana Penguin Dapat Hidup Di Sebuah Benua Beku Di Kutub Utara?

Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?

Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.

Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.

Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.

Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.

Di copy paste: harunyahya


p/s : Cuba bandingkan dengan sesetengah manusia. Setia hanya pada jiwa, namun bila 'raga' sudah terisi dimanakah setianya?

Sang lebah

Semangat setia kawan, saling membantu patut jadi contoh amalan harian

KETIKA kecil saya pernah disengat tebuan, sejenis serangga tergolong dalam keluarga lebah. Bisa sengatan terasa hingga keesokan harinya. Hati saya berdetik, apalah sebabnya lebah ini dicipta kalau kerjanya hanya untuk menyengat dan menggigit orang?

Apabila saya mula mengenal dan membaca al-Quran, saya bertemu perkataan An-Nahl (lebah) yang menjadi nama kepada surah ke 16 Mushaf ini. Apabila dewasa, saya didedahkan dengan pelbagai keistimewaan dan khasiat madu lebah dan air liur (susu lebah) yang dikenali sebagai royal jelly.

Allah menyebut dan memfokuskan kebaikan kejadian penciptaan lebah secara nyata. Mungkin kerana itu Allah menamakan surah lebah sebagai salah satu surah dalam al-Quran. Allah mengajar dan memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai cara. Memilih lebah sebagai perumpamaan adalah salah satu cara Allah menyedarkan kita. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: "Buatlah sarang di bukit, di pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuh jalan Rabbmu yang dimudahkan (bagimu).

"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan" – (An-Nahl: 68-69).

Hadis khusus mengenai lebah juga kita perlu renungkan bersama. Rasulullah SAW. bersabda, "Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (tempat yang dihinggap)" – (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Allah memberikan ilham kepada lebah untuk bekerja dan mengatur kehidupannya. Cara bekerja lebah yang halus dan teliti sungguh mengagumkan kita. Bagaimana lebah membuat sarang yang sangat kompleks, bagaimana mengurus kerja secara berpasukan yang mantap dan akhirnya mengeluarkan hasil madu berkhasiat. Malah madu dan susu lebah diakui oleh saintis dan pakar perubatan boleh menyembuh pelbagai penyakit dan resipi penjagaan kesihatan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.

Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah. Alangkah cantiknya perumpamaan ini. Inti patinya sama dan saling tidak tumpah antara perlakuan lebah dengan apa seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin. Mukmin yang memiliki sifat unggul. Mukmin yang memiliki keistimewaan yang lain dari yang lain. Walau di mana pun dia berada, walau ke mana pun dia pergi, walau apapun yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dipikul dia akan sentiasa memberi manfaat dan membawa maslahah kepada masyarakat di sekelilingnya. Ini jelas digambarkan oleh Rasulullah.

Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain. Kehidupan ini akan menjadi indah, membahagiakan dan lebih sejahtera, jika insan mulia seperti itu memainkan peranan dalam masyarakat seperti lebah.

Sifat lebah boleh jadikan cermin untuk mencapai martabat mukmin dalam mencapai hasil yang terbaik:

Hinggap di tempat yang bersih dan menghisap hanya yang bersih

Lebah hanya hinggap di tempat terpilih. Ini sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga membawa kuman ini mudah ditemui di tempat pembuangan sampah dan tempat kotor dan berbau busuk. Sebaliknya lebah hanya hinggap di pohon bunga, buah-buahan dan tempat bersih mengandung bahan madu.

Orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang beruntung. – (Al-A'raf: 157)

Oleh kerana itu, jika ia diberi amanah, dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, mencuri, salah guna kuasa, putar belit, menipu, dan berbohong. dusta. Hasil pendapatan dan kekayaan yang diraih dari perbuatan itu adalah khabaiths (kebusukan).


Mengeluarkan yang bersih

Madu lebah ada khasiat yang tinggi untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah yang mempunyai sistem perkumuhan yang tidak sama dengan makhluk lain. Sistem perkumuhan bukan bahan buangan tetapi produktif dengan kebaikan. Sistem perkumuhan binatang lain hanya mengeluarkan sesuatu yang busuk dan menjijikkan. Disamping itu penemuan terbaru abad ini ialah produk lebah selain daripada madu ialah liurnya yang menghasilkan susu lebah diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan.


Tidak merosakkan

Dia tidak pernah melakukan kerosakan sama ada material atau sebaliknya. Bahkan dia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara yang tepat. Dia membaikpulih akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat rasuah ia membanterasnya dengan menjauhi perbuatan buruk itu dan membawa penjenayah yang rasuah itu ke mahkamah untuk diadili.


Bekerja keras

Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk di isi dengan telur baru. Selepas berumur tiga hari ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya ia bekerja dengan penuh semangat . Bukankah Allah pun memerintahkan mukmin untuk bekerja keras?


Bekerja secara berpasukan dan tunduk pada satu pimpinan

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu hormon) yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat penggera bahaya). Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang beriman.


Tidak mencederakan atau melukakan kecuali apabila diganggu

Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan hanya menyerang apabila berasa terancam atau terganggu. Untuk mempertahankan kehormatan umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika musuh ada, ia tidak akan lari.

Beberapa karakter lebah diatas seharusnya menjadi teladan yang patut kita contohi. Ternyata tidak sia-sia Allah mengabadikan serangga kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah An-Nahl.

Dipetik dari : Jendela Hikmah

p/s : Ambil pengajaran dari lebah

Sang semut (part 2)



"Aduh!, cis...kurang asam pnya manusia!. Ko tak nampak ktaorg ke ha?.Mana p nya mata korang yg besar gedabak tuh?. Adus sakitnyer badan aku...tolong...tolong...
cepat, kwan2 kita selamatkan kawan kita yg cedera!!!. Tepon 999 cepat!!!

p/s : semut suka tolong-menolong.