BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

29 December, 2008

nur...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s: pergilah gelita...hadirlah cahaya

25 December, 2008

Sabar itu pahit...tetapi akhirnya manis

Assalammualaikum w.b.t

Baru sebentar tadi aku menyinggahkan diri di laman web iluvislam. Bila drop kt page nie terbaca satu quote dari artikel yang disumbangkan. Quote yang merupakan wasiat dari Luqman Hakim kepada anaknya menarik perhatianku...

“Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”
Tiap sesuatu yg diturunkanNYA, bukankah ada hikmahnya tersendiri?...bersabar sajalah andai apa yang diidamkan belum dimiliki, mungkin masanya bukan sekarang...mungkin ianya akan tiba suatu hari nanti...mungkin apa yang dapat lebih apa yang diidamkan...maka OPTIMIS sajalah pada PENCIPTAMU

p/s: Permulaan sabar adalah pahit...tetapi manis akhirnya

17 December, 2008

::Apa khabar IMAN SAYA/ANDA?::

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuantak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuangembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah,bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa,tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja.mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka.Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma,
tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak
boleh, itu tak boleh..Aku rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau,
kami maafkan tuan..

Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En
ImAN

p/s: TOPUP!

15 December, 2008

(^_____^)

Secebis KASIH
Membuatkan kita SAYANG
Sebuah JANJI
Membuatkan kita PERCAYA
Sekecil LUKA
Membuatkan kita KECEWA
TETAPI,
Sebuah PERSAHABATAN
SELAMANYA BERMAKNA

05 December, 2008

::wanna be OPTIMIS?::

Assalammualaikum w.b.t

Bila hayati lirik ngan melodi lagu nie, bagi aku ianya amat bermakna~yup~...it's really touching ,deep inside my heart...

MUHASABAH CINTA by EDCOUSTIC




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu

~End~

Bila pertama kali aku quote "sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku" di tepi status YM, ada dia antara sahabat yang bertanyakan keadaan kesihatanku...ermmm, maybe there is something...(^__^)...biarlah ianya menjadi rahsia dalam lipatan sejarah kisah hidupku (cewahh!)

Namun jujur aku katakan segala ujian yang diturunkanNYA sama ada dalam bentuk kesihatan, kejayaan, kesedihan, kegembiraan dan bermacam-macam lagi bentuk ujianNYA adalah merupakan suatu petanda kasih sayangNYA pada kita semua.

Yap...kasih sayangNYA, begitu luaskan?..SUBHANALLAH!

...DAn seharusnya kita, makhluk ciptaanNYA seharusnya bersyukur

Ya, mungkin kita melihat musibah penyakit atau kegagalan yang diturunkanNYA kepada kita adalah suatu yang kadang-kala amat memeritkan, yang kadang-kala membuatkan kita terfikir "ah, lantak la!"...dan seterusnya membawa kepada perasaan berputus asa...dan akhirnya menjadikan kita selemah-lemah manusia.

Namun, tidakkah kita terfikir hikmah di atas segala musibah terjadi?...tidakkah kita seharusnya perlu menjadi seorang yang optimis? dan yang paling utama bukankah kita seharusnya berprasangka baik pada pencipta kita?

memang senang lidah untuk mengucapkan perkataan untuk menjadi optimis..tapi bukan semudah untuk menjadi optimis.~hurm~

Semuanya memerlukan PERJUANGAN...dan PERJUANGAN sememangnya memerlukan PENGORBANAN, biarpun PERJUANGAN yang dilakukan tidak sehebat Nabi Ayub A.S menahan segala cubaan melawan penyakitnya dan juga tidak sehebat mereka terdahulu, dan biarpun PERGORBANAN yang dilakukan tidak sehebat isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar diduga bersama anaknya Nabi Ismail di tengah padang pasir panas terik...namun segala-galanya harus dimulakan keranaNYA...dan semagat itu seharusnya 'berlari' bersama (^__^)

p/s: OPTIMIS saja dong!

03 December, 2008

"KALAU"

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah...syukur ke atas segala nikmat yang dikurniakanNYA terhadap kita untuk kita terus menjalankan peranan seperti sang baldi, biar tak sempurna namun peranan tetap berjalan...seketika aku teringatkan ayat yang terzahir dari blog usratiku, ica...kata-kata yang datang dari seorang pensyarahnya (aku agak...),“saye tiap2 hari keje, x de mase ntok cuti… kalo ipt cuti skalipon, saye tetap bekerje… kerje ntok Allah!!”. Subhanallah!!!...emmm, mampukah aku?

...

Berkata 'KALAU' dengan niat yang bersungguh-sungguh

Pokcik Y sudah lama terbaring kerana sakit tenat yang sungguh menyakitkan. Sudah banyak wangnya habis unruk berubat. Sudah ramai doktor pakar dari seluruh pelusuk dunia datang untuk merawatinya, dan bermacam-macam kaedah perubatan tradisional digunakan sebagai alternatif untuk mengubati penyakitnya itu. Namun segala ikhtiar tidak mendatangkan hasil, bak kata orang zaman sekarang 'hampeh'.

Pada suatu pagi yang nyaman (ceh, baget jer!), salah seorang sahabatnya datang membawa seorang doktor yang dipercayai mempunyai 'kuasa' untuk membantu Pokcik Y menyembuhkan penyakitnya. Dengan tenang hati, si doktor pakar tadi pun merawat Pokcik Y. Keajaiban berlaku apabila hanya selepas sebulan berubat, penyakit Pokcik Y sembuh serta merta. Pokcik Y dengan gagahnya dapat meneruskan aktiviti seharian seperti biasa, ~macam sebelum ini beliau tidak pernah sakit jer~.

Pokcik Y dengan bangganya berkata (~sambil hidungnya kembang-kempis~) "KALAU BUKAN KERANA DOKTOR PAKAR TUH, TENTU POKCIK MASIH TERLANTAR KAT KATIL NI KERANA SAKIT"

~End~

Perkataan 'kalau'...kadang-kadang tanpa kita sedari mungkin saja akan terzahir dari mulut. Namun sedarkah kita bahawa perkataan itu boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan ALLAH, nauzibillah!!!. Apatah lagi apabila kata-kata yang diucapkan diiringi dengan perasaan yang benar-benar yakin bahawa ada 'kuasa' lain yang menyebabkan sesuatu perkara terjadi sedangkan kita tahu bahawa segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat telah ditentukan olehNYA...dan hanya DIA sahaja yang benar-benar berkuasa. Kita hanya manusia biasa yang bisa merancang dengan hebatnya namun segala yang akan berlaku hanya akan berlaku dengan izinNYA sahaja

Seperti apa yang berlaku pada Pokcik Y, tanpa disedari Pokcik Y mengucapkan
"KALAU BUKAN KERANA DOKTOR PAKAR TUH, TENTU POKCIK MASIH TERLANTAR KAT KATIL NI KERANA SAKIT". Kata-kata seperti ini boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan ALLAH. Apatah lagi apabila dia benar-benar yakin, doktor itulah penyebab dia dapat sembuh sepenuhnya. Hanya sebab ubat-ubatnya yang mujarab itulah dia dapat kembali seperti sedia kala.

Pokcik Y sebenarnya sembuh dengan izin ALLAH. Allah mengizinkan dia sembuh apabila berubat dengan doktor yang pakar tuh. Doktor-doktor yang datang sebelum tuh bukanlah tidak hebat, tidak pakar tetapi ALLAH tidak izinkan Pokcik Y sembuh dengan rawatan daripada mereka.


Apabila ALLAH masih tidak izinkan Pokcik Y sembuh, doktor pakar yang terakhir pun tak dapat nak rawat penyakit Pokcik Y, maka Pokcik Y akan tetap berada di katilnya sampai bila-bila sehinggalah tiba masa yang ALLAH tentukan.

p/s: Perlu sentiasa hati-hati dalam pergaulan seharian...BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP.