BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30 January, 2009

nantikan sambungan KERIS...

Assalammualaikum w.b.t

Penat jari-jemari Cik Eha mengklik button pada mouse ni. Ermm...Cik Eha sebenarnya tengah mencari maklumat mengenai fakta-fakta hari valentine yang nak dimuatkan untuk edisi Al-Ulum terbitan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah, Persatuan Mahasiswa Sains. Sampai waktu ini, Cik Eha masih lagi belum menemui bahan yang dicari. Kalau jumpa pun rasanya tak sesuai pula nak dipublishkan...ermmm, kalau macam ni nampaknya Cik Eha kenala meminta bantuan sahabiyah Cik Eha.

Oh ya! sebelum terlupa, Cik Eha nak bagitau bahawa entry untuk KERIS sebenarnya belum tamat lagi. Untuk pengetahuan pengunjung sekalian, entry berikutnya untuk KERIS akan menceritakan kebesaran ALLAH S.W.T pada malam hari Ahad program berlangsung. Untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan Cik Eha, nantikan sambungan entry tersebut.

p/s: Stay tune!!!

KERIS (Part 2)

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah sudah 4 hari Cik Eha berada di kampung halaman iaitu di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam. Akhirnya sempat juga Cik Eha menaiki kereta api pada pukul 5.10 petang (kereta api Cik Eha agak lambat daripada yang dijangkakan...geram pula hati Cik Eha ni). Sebelum tuh Cik Eha nak memohon sepuluh jari tanda kemaafan kerana entry terbaru ini agak lambat dipublishkan. Okla, cerita Cik Eha tertinggal kereta api atau kisah Cik Eha meluangkan masa cuti ini bukanlah tajuk utama entry kali ini. Kali ini seperti yang dijanjikan Cik Eha akan menceritakan pengalaman Cik Eha berprogram di Ulu Yam, Selangor.

...


Cik Eha akan cuba menceritakan aktiviti-aktiviti yang menarik yang kami lakukan di sini. Namun begitu ini bukanlah bermakna semua aktiviti yang dijalankan di sini tidak menarik. Slot-slot ceramah, insya allah Cik Eha akan publishkan entry yang berlainan.

Pada petang hari Ahad itu kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua. Kemudian kami dibawa ke satu kawasan yang luas. Sebelum itu setiap orang dari kami diarahkan untuk membawa sehelai kain dan tali rafia yang telah dibekalkan oleh fasi di awal program. Arahan diberikan oleh fasi agar setiap dari kami mengikat tali rafia ke tangan masing-masing dan memastikan tali rafia itu bersambungan antara satu sama lain. Seterusnya kami diarahkan untuk menutup mata masing-masing menggunakan kain yang dibawa. Ketua setiap kumpulan diberikan arahan untuk membawa anak buah mereka ke satu kawasan dengan menggunakan 4 arahan iaitu 'bergerak ke hadapan', 'belakang', 'kanan', ataupun 'kiri'. Setiap anak buah perlu menggunakan deria mendengar dengan teliti untuk mengecam suara ketuanya. Aktiviti dimulakan.


Cik Eha rasakan pasti pembaca entry ini akan cuba membayangkan keadaan yang berlaku di kawasan itu...ya, keadaan begitu kecoh sekali disebabkan setiap ketua akan cuba sedaya upaya melaungkan arahan supaya anak buahnya akan sampai ke destinasi yang dituju tanpa ada sesiapa pun yang terpisah. Cik Eha bersama sahabiah di belakang Cik Eha iaitu, Cik Dayah berusaha mengikut ahli sahabiah yang lain di hadapan dengan merasakan gerak tali rafia yang diikat di pergelangan tangan kami. Namun seketika Cik Eha dapat merasakan tali rafia yang menyambungkan tangan Cik Eha dengan Cik Za di hadapan terputus kerana dipotong oleh fasi.


Cik Eha agak panik pada permulaannya kerana Cik Eha merasakan tiada siapa-siapa yang akan membawa kami. Akhirnya Cik Eha mendengar suara-suara yang cuba mengarah kami untuk bergerak mengikut arahannya, tapi Cik Eha agak ragu-ragu untuk mengikut arahannya. Ianya bukan arahan yang keluar dari ketua kami, Cik Ain. Akhirnya Cik Eha membatukan diri di situ. Tiba-tiba Cik Eha dapat mendengar arahan ketua Cik Eha ditambah dengan rasa naluri yang kuat mengatakan bahawa itulah suara ketua Cik Eha, Cik Eha dengan pasti bergerak menuju ke depan sehingga terlanggar seseorang (akibat rasa teruja...hehe)



Di akhir slot, terdapat sahabat serta sahabiah gagal untuk bersama jemaah mereka memberi komen mereka. Ada di antara mereka yang menangis di bawah pokok akibat ketakutan ditinggal bersendirian, ada juga di antara mereka setia menunggu di bawah tiang lampu.



Slot LDK pada petang hari Ahad membuatkan Cik Eha terfikir bahawa betapa pentingnya kita untuk duduk bersama dalam satu jemaah. Kadang-kadang kita akan merasa selesa untuk berada dalam situasi berseorangan namun perkara tersebut tidak akan membawa sebarang erti andai kita tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan disebabkan oleh tiada jemaah yang bersama-sama dengan kita. Ada lagi pekara yang penting yang Cik Eha dapat dari LDK ini, iaitu kepentingan kita untuk mendengar, mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua. Biarpun siapa ketua kita...andai keputusan muktamad telah dipilih untuk melantiknya maka sikap untuk mematuhi arahannya perlu dilakukan. Namun begitu ini bukanlah bermakna semua arahannya perlu dipatuhi, penilaian setiap arahan perlulah diteliti terlebih dahulu.


p/s: Jom kita hidup berjemaah!

26 January, 2009

Kereta api...OoO...kereta api

Assalammualaikum w.b.t

Akibat kelalaian Cik Eha, akhirnya Cik Eha telah ditinggalkan oleh kereta api...wawawa, betapa sedihnya Cik Eha kerana ditinggalkan. Patutnya sekarang Cik Eha berada di kerusi empuk kereta api dengan ditambah air cond yang dingin...tapi keadaan itu hanya dalam bayangan Cik Eha sahaja. Cik Eha sekarang berada di dalam bilik Cik Eha bertempat di KHAR, 3-7-12...menemankan roomate Cik Eha yang keseorangan di sini. Cik Eha akan bertolak balik ke rumah pada pukul 3.30 petang nanti...kereta api akan sampai dalam pukul 3.50, doakan Cik Eha sampai pada waktunya yer!


p/s: Ingatkan Cik Eha untuk mengeluarkan entry sambungan KERIS yer!

23 January, 2009

KERIS (Part 1)

Assalammualaikum w.b.t

Lenggang jer UPSI pagi sabtu nie...apa taknya cuti mid sem telah bermula. Dan bagi Cik Eha cuti kali nie mencipta sejarah buat kali ke berapa sebabnya Cik Eha akan kembali ke kampung halaman agak lewat sedikit (sama juga macam sem lepas...Cik Eha adalah orang yang terakhir check out). Walaupun nampak mcm sayu jer sebab tengok ramai yang dah mengusung bagasi masing-masing namun itu tidak mematahkan semangat Cik Eha untuk sama-sama menyertai Kem Pemantapan Sahsiah atau singkatannya KERIS (nanti cuba check balik)

Itulah sebabnya mengapa Cik Eha pulang agak lewat. Program ini akan bermula pada petang ini iaitu hari sabtu dan berakhir pada petang Isnin. Cik Eha bersama sahabat-sahabat yang lain akan memulakan perjalanan pada pukul 1.45 petang dengan menaiki kenderaan rasmi UPSI.

Oh! lupa pula nak bagitau...program ini akan berjalan di sebuah resort di Ulu Yam, Selangor. Banyak aktiviti yang akan dijalankan..insya allah. Antara program yang agak menarik perhatian Cik Eha ialah aktiviti jungle treckking (wah! lamanya tak buat aktiviti ini, best dapat masuk hutan). Selain itu, terdapat juga pengisian-pengisian rohani yang akan dijalankan. Insya allah...Cik Eha akan cuba untuk mengupdate blog Cik Eha dengan menceritakan aktiviti yang akan diadakan sepanjang program. Untuk gambar-gambar yang nak dilihat, Cik Eha nak minta maaf sangat-sangat sebabnya Cik Eha tidak mempunyai kamera digital dan alatan yang sewaktu dengannya...tapi Cik Eha akan cuba juga untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut dari mereka-mereka yang mempunyainya (bila la nak beli kamera?...target-->beli kamera cuti nie!)

Oklah...sampai di sini dulu yer. Cik Eha nak melelapkan mata seketika, lepas nie nak kemaskan baki-baki barang yang nak dibawa. Nantikan entry seterusnya...kepada semua sahabat yang tengah bercuti, SELAMAT BERCUTI Cik Eha ucapkan...semoga cuti anda diisi dengan aktiviti yang bermanfaat...(^_^)

p/s: suka jungle treckking!

20 January, 2009

20.01.2009

Assalammualaikum w.b.t

Tempat kejadian: Dewan SITC, UPSI

Waktu kejadian: 7.30-9.00 malam

Peristiwa: 1. Di kala azan Mahgrib berkumandang, beberapa orang pokcik dengan keadaan yang bersantai sambil seorang daripadanya mengurut-urut sahabat baik salah seorang daripadanya...sungguh menyedihkan. Laungan azan nampaknya tidak memberi impak kepada pokcik-pokcik tersebut...malah mereka berada dalam keadaan santai dan selamba (adakah pokcik mengalami period?...tapi bukankah pokcik sudah tua, sudah semestinya pokcik mengalami menopause! patutla agak bersantai)

2. Semasa solat Maghrib & Isyak berjemaah diadakan di dewan yang besar tersergam indah...Cik Eha dapat mengagak dengan mudahnya bilangan hamba-hamba yang sedang sujud di hadapan TUANNYA. Pelik...ke manakah hamba-hambaNYA yang lain? Sedang berbuat apakah mereka agaknya? Ingkar sungguh mereka...tidak tahukah mereka bahawa mereka hanyalah HAMBA yang segala kebergantungan hidup mati hanyalah di tangan TUHANNYA?

3. Semasa solat hajat untuk mendoakan adik-beradik kita di Palestin, tiba-tiba telinga Cik Eha yang bertutup mendengar beberapa orang pokcik ketawa geli hati...wah! masih ketawa walaupun mereka di sana sedang sedih meratap?

p/s: Ingatan bersama...

19 January, 2009

GRAVITI HATI

Assalammualaikum w.b.t.

Tetiba hati ni rasa berdebar pulak...huhu. Hari esok (selasa) merupakan Hari Karnival Pengguna dan Cik Eha merupakan antara orang yang akan melaksanakannya. Maklumlah sebelum nie Cik Eha merupakan antara orang yang suka bertapa di dalam bilik. Namun itu semua bukan alasan untuk Cik Eha tidak mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Cik Eha...cuma kadang-kadang Cik Eha tidak mempunyai sumber-sumber untuk Cik Eha mengaktifkan diri (mcm tuh pulak!)


Ermmm...biarlah perkara tuh dulu. Sebenarnya cerita penglibatan Cik Eha dalam program ini bukanlah the main entry untuk Cik Eha ceritakan...hehe(melalut pula!)

...

Graviti Hati

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Hati umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang di luar diri. Apa yang dirasakan, menentukan apa yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan ditarik ke dalam diri. Jauhi prasangka dan dendam, kerana itu juga akan diterima sebagai balasan.

Sekali lagi... hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti kita akan menuai kebaikan. Jangan sesekali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan! Hati itu berbolak balik sifatnya. Sabda Nabi, bagai kuah yang mendidih dan menggelegak. Simpang siurnya begitu licik. Naik turunnya, berbolak balik. Kekadang ia baik, bagaikan asal mulanya dulu. Ia menjadi kain bersih yang menghamparkan kejernihan dan kesucian. Namun, kekadang bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Para muttaqin pernah memberi petunjuk... apabila hatimu keras, buas dan liar, bukalah Al-Quran, bacalah dan tadabbur akan makna dan rasanya. Al-Quran itu bukankah penawar hati? Namun, jika hati masih keras juga, dirikanlah solat. Solat itu zikir penyucian hati. Namun, sekiranya masih keras juga, maka bangunlah waktu dinihari. Berwuduk dan berdoalah, pintalah kepada Tuhan agar dikurniakan hati yang lain kerana hati yang kau miliki waktu itu hakikatnya bukan lagi hatimu!

Hati itu ditarik antara 2 graviti. Pertama, graviti tahap tinggi pintalan para malaikat. Kedua, graviti menjunam lembah kehinaan simpulan para syaitan. Ketika melihat si miskin meminta-minta, suara hati berdetik... bantulah dia, insan lara yang datang kerana kemiskinan. Namun sedetik Cuma, tiba-tiba graviti bertukar, memberi alasan, biarkan... itu balasan buatnya akibat kemalasan! Kau prasangka? Bukan, Cuma berhati-hati. Dan atas alasan 'berhati-hati', ramai yang telah enggan memberi tetapi masih merasakan diri baik hati!

Ingat mati – pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yang resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan. Ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati. Tetapi... sayang... aku kian lupa mengingatnya. Lalu aku terkapai-kapai antara 2 graviti hati. Membuat kebaikan belum tentu merasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya!

dipetik dari Majalah Anis, September 2008

p/s: Cik Eha...Cik Eha

15 January, 2009

PENGGANAS DUNIA

Assalammualaikum w.b.t

Saya ingin membawa situasi ini...cuba SAYA dan anda bayangkan...

apakah perasaan KITA apabila dengan secara tiba-tiba datang seorang makhluk ALLAH yang tidak dikenali identitinya sedang menceroboh bilik adik-adik KITA atau mungkin sedang menceroboh bilik ibu ayah KITA tanpa sebab yang diketahui...

bayangkan pula...bilik-bilik yang diceroboh itu disepahkan, dindingnya diroboh, segala perabot dirosakkan, dan yang paling menyayat hati apabila ibu bapa serta adik-adik KITA diusir keluar dengan hina sekali...seluruh tubuh mereka dipenuhi luka-luka, dan darah turut mengalir...

Saya bertanyakan sekali lagi...apa perasaan SAYA dan anda???

...
BANDAR GAZA, 16 Januari 2009 - Tentera Israel semalam semakin mara ke sebuah kawasan perumahan di Gaza menyebabkan ramai penduduk melarikan diri ketika angka korban melebihi 1,100 orang.

SEORANG anggota paramedik mendukung seorang budak perempuan yang cedera parah akibat serangan tentera Israel di Gaza semalam.
...
Wajarkah SAYA dan anda hanya berpeluk tubuh? Wajarkah SAYA dan anda menggeleng-gelengkan kepala melihat pengganas Yahudi ini menyerang dunia?...dan wajarkah apabila ada di antara kita yang berkata..."berikan sajalah Palestin pada mereka" (Ingin saya fahamkan mereka, PALESTIN MILIK UMAT ISLAM!!!. TEGARKAH ANDA MELIHAT RUMAH YANG ANDA DIAMI DIRAMPAS TANPA SEBAB YANG DIKETAHUI???...TEGARKAH ANDA???)
Mungkin selama ini kita kerap menjejakkan kaki ke restoran segera Mc Donald...mungkin selama ini perut kita kenyang dipenuhi dengan barangan keluaran syarikat Nestle...mungkin selama ini setiap petang kita dijamu dengan biskut enak keluaran syarikat Danone...mungkin selama ini wajah cantik kita dihiasi dengan solekan barangan keluaran L'oreal...mungkin juga selama ini setiap bulan kita habiskan wang gaji dengan membeli-belah di pusat membeli-belah Carrefour...
Namun bagaimana jika saya katakan kita memboikot barangan-barangan ini...kita lihat bagaimana kucar-kacirnya hidup yahudi laknatullah...kita lihat bagaimana cita-cita mahu menghapuskan penduduk palestin menemui jalan buntu apabila wang untuk membeli peluru gagal diperolehi.
Kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat senjata, mungkin tidak mampu untuk bersama-sama menyertai mujahid-mujahid palestin...namun kita sebenarnya boleh dan mampu memboikot barangan mereka dan dalam masa yang sama membantu ekonomi umat Islam dengan membeli produk keluaran Islam, tak salah bukan andai kita saling membantu?
Di samping itu, SAYA menyeru agar SAYA dan anda terus-menerus menyerang YAHUDI LAKNATULLAH dengan senjata kita...'DOA'...Saya percaya dengan seyakin-yakinnya bahawa senjata ini adalah senjata terhebat malah lebih hebatnya dari senjata kimia PHOSPORUS yang digunakan mereka.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing2 ke atas mereka dari anjing2 Mu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam,
wahai ALLAH
wahai ALLAH
wahai ALLAH
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami ke atas mereka, amin.


p/s: AYUH AGRESIF!!!

07 January, 2009

::Walimatul Urus Kak Masyi::

Kak Mashi...ex-housemate sem 1
Salam tahinah aku ucapkan kepada Kak Masyi dan suaminya yang telah selamat diijabkabulkan pada cuti semester yang lalu...

Semoga akak dan suami bahagia hingga ke anak cucu...AMEEN
p/s: "Ya ALLAH...jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU"...AMEEN

::Luka Part 1::


Sakit...
Luka aku nampak gaya macam teruk jer...huhu, mcm mana nie?
minggu depan dah nak masuk lab...masuk lab kena pakai kasut tutup...tapi kaki tak baik lagi
macam mana nie?

p/s: Luka di kaki nampak...tapi luka di hati siapa yang tahu?

05 January, 2009

gelembung air a.k.a BELON

Kulit kaki terkoyak

Inilah bahana akibat dari pemakaian kasut baru. Akibat dari itu kulit kaki aku mengalami kelecetan. Mula-mula ada gelembung air...comel pulak aku tengok, hehe. Apa lagi, jari-jemariku mulai gatal memicit-micit gelembung tersebut. Tapi dek kerana takut gelembung tuh meletup mengeluarkan isinya, aku hanya mencubit-cubit permukaan kulit yang tampak sedap dicubit kerana keadaanya yang lembut. Tetiba pulak rasa nak pecahkan...apalagi aku cubit sikit kulit tuh dan terus menarik kulit itu...wah2!!! ada air keluar (huhu..air apa ntah). Ingatkan tak sakit...tapi bila nak basuh kaki, wah2x!!! bukan main mantop lagi sakit dia...rasa cam nak melompat terbang pulak, nasib baik tak leh terbang (hua3x)

p/s: Terbayang rakyat palestin yang menderita..."Kuatkanlah mereka, ya ALLAH"

::One Step::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah hari ni merupakan hari pertama aku menjejakkan diri ke upsi untuk meneruskan pengajian semester 4. Dengan jumlah kredit yang sebanyak 18 kredit untuk sem nie...insya allah aku akan menempuh segala halangan dan dugaan dengan penuh ketabahan dan bersikap positif. Moga-moga ALLAH akan menguatkan hati aku supaya aku tidak mudah patah semangat di atas segala dugaan yang dikurniakanNYA...ameen

Subjek-subjek semester ini kebanyakkannya berjumlah 3 jam kredit. Antara subjek-subjek itu ialah seperti berikut:

UPP 1022- Pemikiran Strategik Dan Inovatif
UKB 1012- Bimbingan Dan Penasihatan
TFA1023- Pengenalan Fizik II
TBB 2033- Morfologi Dan Anatomi Tumbuhan
TBC 2012- Aplikasi Multimedia Dalam Biologi
TBB 2023- Biodiversiti Dan Evolusi Monera, Protista, Fungi, Dan Plantae
KPD 2053- Pedagogi Pendidikan

Apa yang terjadi, insya allah aku akan jadikan itu sebagai sempadan buat aku supaya ianya tak akan berulang kembali. Biarlah semua itu berlalu meninggalkan pengalaman untuk aku teladani.

p/s: Pengalaman adalah 'guru' yang terbaik