BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

28 February, 2009

kepadaMU...

KepadaMu Kekasih

Aku serahkan

Jiwa dan raga


Jua segalanya

Apakah Kau akan menerima penyerahan ini

Apakah Kau akan menerimaku

Dalam keadaan begini
Sang Lebah berkata: ::emotional mode::

27 February, 2009

Sarang Baru

Assalammualaikum w.b.t

Satu hari Cik Lebah berjumpa dengan guru Cik Lebah...ermmm. Ada berita yang dia nak sampaikan.

"Cik Lebah, jom kita duduk dalam satu sarang. Guru dah cari satu sarang ni, best gak tempat dia...tingggiiiiiiiii sangat sarang dia, jauh dari lebah-lebah yang 'tak faham' kita. Nanti kat situ, kita leh buat madu banyak-banyak". Macam mana Cik Lebah, setuju ke dengan cadangan Guru?

...
Monolog dalaman Cik Lebah: "Eh, bagus jugak cadangan Guru, suasana pun best...di kelilingi lebah-lebah yang 'faham'...tapi kalau dah pindah macam mana nak buat discussion group dengan sahabiah-sahabiah Cik Lebah...tapi kalau dah pindah, susah pula nak jumpa dengan mereka, nak bual-bual macam dulu pon nanti mesti dah jarang...ermm.Tapi...tapi...tapi


Monolog dalaman lebah lain:Eh, kalau pindah macam mana pula dengan sahabiah-sahabiah yang duduk satu rumah sekarang? Nanti ada seorang sahabiah nak masuk rumah nie, apa pula kata dia kalau bila dia masuk...tetiba nak pindah. Mesti dia rasa tak best?...kena jaga perasaan dia...tapi sarang tuh lagi best...

...


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH-lah tempat kembali yang baik". (Ali-Imran, 14)

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (At-Taubah, 41)


Sang Lebah berkata: "Teguhkan aku, YA ALLAH"

25 February, 2009

Adakah Kau Lupa???

Assalammualaikum w.b.t

Baru tadi Cik Lebah melalui laman web rasmi Universiti tercinta, tempat Cik Lebah terus berjuang mencari ilmu. Tapi, dengan spontan mata Cik Lebah terpandang beberapa events yang discrollkan secara automatik. Antara events yang agak menarik perhatian Cik Lebah ialah tentang events Pertandingan Mencari Bintang '09 UPSI Fantasia...ermmm

Cik Lebah cuba mencari maksud perkataan Fantasia dalam kamus...apa yang Cik Lebah dapati:

Fantasia (fantasi)- angan-angan, khayalan

----------------------------------------------------------------------------------


Masih lagikah saudaraku berkhayal, berangan sedangkan islam yang dianuti dihina? Tiada martabat untuknya sedangkan ini agama yang diredhai olehNYA.

Jangan dilupa suatu masa dahulu Kerajaan Bani Abasiyyah pernah menjadi Ustiazatul Alam...
Pernah menjadi ikutan...segala yang dibuat, dijadikan contoh oleh mereka yang masih dalam kegelapan.

Namun, disebabkan terlalu mewah...disebabkan perkara yang remeh-temeh dipentingkan sehingga menimbulkan peergaduhan...disebabkan terlalu asyik dengan dunia mereka...disebabkan terlalu leka mengukir...disebabkan terlalu leka bersyair a.k.a berhibur...

Sehingga sampai pada akhirnya, mereka lupa segala-galanya...hatta untuk berperang sekali pun.

Lupa bagaimana menyusun strategi peperangan sedangkan mereka yang terdahulu cukup digeruni oleh musuh-musuh islam...lupa...lupa...lupa segalanya

Maka, usah ditanya mengapa berkuburnya Kerajaan Bani Abasiyyah.

Dan kita...dimana kita sebenarnya?

Masih lagi mahu berfantasi dengan dunia sendiri?

Bila lagi mahu ke dunia realiti?
--------------------------------------------------------------------------------

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Sang lebah berkata: Bila lagi mahu menakluk 2/3 dunia?

22 February, 2009

::Kekuatan OlehNYA::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah semalam bertarikh 21.02.2009 Cik Lebah bersama-sama sahabiah-sahabiah ahli kumpulan telah berjuang untuk ke Hutan Behrang untuk mengutip beberapa daun spesis balak atau nama saintifiknya Dipterocarpacea. Perjalanan mengambil masa setengah jam akibat beberapa kejadian ketidakfahaman yang berlaku antara kami dengan pihak Ranger Hutan Behrang. Namun perkara itu tidak menghalang perjalanan kami.


Disebabkan ahli kumpulan Kami yang semuanya terdiri daripada perempuan, maka Kami akhirnya mengambil keputusan untuk mengajak 2 orang lelaki sebagai pengiring Kami, terima kasih diucapkan kepada Akh Zaim dan Akh Ijat.


Cik Lebah mengakui kata-kata nenek moyang dahulu bahawa, setiap kejayaan yang akan dikecapi harus ditempuhi dengan beribu kegagalan dan ujian. Dan untuk menuju kejayaan itu kita semestinya berusaha meredah segala halangan dan bersedia menghadapinya.

Begitulah yang Cik Lebah rasakan sewaktu mendaki Hutan Behrang bagi mengutip daun spesis balak tersebut. Disebabkan tidak cukup persediaan dari segi stamina, Cik Lebah berasa tidak kuat untuk mendaki hutan tersebut dan rasa mengalah akhirnya menghasut hati. Betul apa yang dikatakan oleh guru Cik Lebah, "Setan tuh jahat, dia usaha nak hasut anak adam...dia nak semua anak adam kalau boleh ikut dia masuk neraka".

Namun, berbekalkan saki baki semangat yang ada serta pertolongan dari beberapa sahabat serta sahabiah yang sama-sama mendaki hutan tersebut dan yang paling UTAMA keizinan dari yang MAHA ESA...akhirnya berjaya juga Cik Lebah mendaki hutan tersebut...Alhamdullilah.

Setelah 4 jam berada di situ iaitu dari pukul 8.00-12.00, Kami pun sama-sama tiba di kolej kediaman masing-masing. Namun ujian dan halangan tidak berakhir dengan pendakiaan di hutan tersebut. Kami juga telah diuji untuk mengenali satu makhluk ciptaan ALLAH S.W.T iaitu Si Lintah...Subhanallah. Walaupun manusia itu diciptakan sebaik-baik ciptaan, namun masih lagi tidak dapat menahan kemaraan Si Lintah berkongsi darah yang ada terkandung dalam badan ini.

Pada malam hari itu juga, tenaga yang ada pada Cik Lebah tidak berakhir di katil seawalnya. Ini kerana pertemuan bersama Keluarga Cik Lebah harus dijalankan. Demi perkara yang bernama "Kewajipan Seorang islam" Cik Lebah kuatkan hati walaupun mata ini separuh terbuka. Dengan semangat ini juga Cik Lebah akhirnya dapat mengumpul "madu" dan sekali lagi yang paling UTAMA...kekuatan yang diberikan olehNYA...Alhamdullilah




Sahabiah Cik Lebah




Destinasi Kami



Pak Cik Lintah...kekenyangan setelah menghisap darah



p/s: Alhamdullilah kerana diberikan kekuatan olehNYA

17 February, 2009

Islam @ islam

Assalammualaikum w.b.t

Situasi 1:

Lebah X merupakan seekor lebah yang menganut agama Islam (huruf besar) sejak dari keadannya dalam bentuk telur lagi. Beliau tahu bahawa beliau adalah seorang islam. Pada kad identitinya tertera nama beliau bersertakan agama yang dianuti...
Nama: SANG LEBAH BIN/BINTI SANG LEBAH
Agama Islam

Namun...keajaiban berlaku pada dirinya yang Islam

Antara keajaiban yang berlaku:

1. Beliau tidak memakai alas kepala apabila keluar dari sarangnya.
2. Beliau tidak mempunyai ikatan yang sah dengan anak Sang lebah dari sarang pokok sebelah. Dengan perasaan yang tidak berasa serba salah, beliau dengan bangganya terbang beriringan dengan anak pak cik Lebah tersebut.
3. Beliau jarang membaca Al-Quran yang diberikan oleh ayahnya
4. Beliau bergaul bebas tanpa batasan dengan Lebah-Lebah dari pelbagai pokok dan pelbagai sarang.

Situasi 2:

Lebah Z merupakan seekor lebah islam (huruf kecil) yang sungguh taat pada PENCIPTANYA. Beliau tunduk, menyerah diri pada TUHANNYA. Beliau takut untuk melakukan dosa...beliau sungguh takut apabila memikirkan balasan yang akan beliau hadapi sekiranya beliau melakukan dosa dan maksiat. Beliau bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari bergaul dengan Lebah-Lebah yang bukan mahramnya. Beliau sentiasa meminta keampunan dari TUHANNYA andai dirinya pernah melakukan dosa dan maksiat.

...

Refleksi:

Apa bezanya Islam (huruf besar) dan islam (huruf kecil) yang kita anuti?

Mungkin ramai yang akan memberikan jawapan, bezanya adalah pada abjad I nya (satu I besar, satu lagi I kecil). Yup, jawapannya betul...bezanya ialah pada abjad I, satu huruf besar dan satu lagi huruf kecil)

Namun tahukah anda signifikannya?

Kalau dahulu kita belajar, perkataan Islam (huruf besar) adalah kata nama, jadi abjad di hadapannya mestilah berhuruf besar...ya, betul...dan sekarang kita sebenarnya masih lagi mengamalkannya iaitu menjadikan islam yang ada hanyalah sebagai nama...sebagai nama yang sentiasa setia kita bawa ke mana-mana. Mengaku islam namun masih tidak tunduk patuh padaNYA, masih lagi tidak menyerah diri padaNYA. Mungkin ada yang mengatakan,

"Ah!, penulis ni...diri sendiri masih bengkok, ada hasrat mahu membetulkan orang..betulkanlah diri kamu tu dulu"

Ya...penulis memang akui diri ini tidak sempurna. Ada lompong-lompong yang masih belum dikambus, namun tak salahkan bukan penulis ingin memberi peringatan untuk dirinya dan orang lain?

Kalau begitu bagaimana pula dengan perkataan islam (huruf kecil). Kalau mengikut apa yang diajarkan di sekolah dulu, ianya merupakan kata kerja. Ya, kata kerja...kata kerja yang kita sepatutnya melakukan kerja yang diperintahkan...kerja tunduk, patuh, mengabdikan diri padaNYA...sesuai dengan ayat Al-Quran yang diturunka olehNYA:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU" (Az-Zariyat, 56)
"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKU" (Az-Zariyat, 57)
"..."Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi"..."(Al-Baqarah, 30)


Sang Lebah berkata: Refleksi buat diriku...

15 February, 2009

Adat Berkenalan Sebelum Pernikahan

Adat Berkenalan Sebelum Pernikahan

“Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.

“Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.

Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah.

Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais.

Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....”
:: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::


Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.


Degup-degup Ta’aruf

“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.

Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.

Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut – mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya.

Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.

Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu

“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”


:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::



Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah.

Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.

Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.”

Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.


Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.

Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.

Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.

Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.

Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.


Jihad besar umat Islam: Melawan nafsu

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.

Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.

Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.

Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.”

:: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::


Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.




Kulitku Sangat Peka

Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.

Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:
“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.”

:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::


Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.

Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.”
:: HR Al Bukhari dan Muslim ::



Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.

Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?

Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.

Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.

Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?




Dipetik dari laman web iluvislam

Sang Lebah berkata: "TEGUHkan AKU, YA ALLAH"

12 February, 2009

Sedih@Gembira

Assalammualaikum w.b.t


Kalau dulu bila tibe jer tarikh 13 hb februari, mesti rasa seronok sangat. Walaupun tahu umur akan meningkat...dan akan bertambah tua, tapi bila tiba tarikh ni...excited semacam jer.

Kalau dulu bila tiba tarikh 13 hb februari, masa kat sekolah...mesti bila balik sekolah akan angkut bawak balik hadiah-hadiah yang kawan bagi. Then, bila hari lahir kawan-kawan yang seterusnya, mesti ada jgak hadiah yang nak dihadiahkan...mesti tak akan lupa nak wish birthday...mesti ingat, sebab nak bagi hadiah. Tersenyum lebar jer satu hari...(^_________^)

Tapi...

Bila hari ni...bila tarikh 13 hb februari tiba...
Macam-macam rasa ada...
Sedih, takut, semua bercampur

TAKUT sebab ada TANGGUNGJAWAB besar yang masih sedikit perlaksanaannya

TAKUT memikirkan apa yang perlu dijawab padaNYA tentang TANGGUNGJAWAB ini

SEDIH sebab diri ni masih lagi lalai, lupa, alpa

SEDIH sebab diri ni masih lagi belum menjadi seperti 'mereka'


p/s: Andai ada yang memahami perasaan ini...

JOM SENAM!!!

Assalammualaikum w.b.t

Wah2!!!...nampak macam mengantuk jer semua sahabat serta sahabiah Cik Eha. Tidur lambatkah anda semua? Di sini Cik Eha nak berkongsi suatu senaman yang akan memberangsangkan mata anda sekalian. Senaman yang Cik Eha maksudkan ialah SENAMAN RUHUL-JADID...ada dia antara anda yang pernah melakukan senaman ini?. Tiada?. Bagus-bagus. Percayalah anda akan merasa segar apabila setelah selesai melakukan senaman aktif ini. Di sini Cik Eha ada sertakan videonya


11 February, 2009

...

"Kurang dari 24 jam"
p/s: :( ...:)

10 February, 2009

...

Assalammualaikum w.b.t

That day will come...and I still don't do anything
p/s: Bilakah?

05 February, 2009

...Sepi...

Diri keseorangan walaupun hakikatnya ada 'mereka' di sisi

Realitinya, hati ini perlukan kebergantunganNYA

p/s: ...dan airmata ini mengalir...

02 February, 2009

Ayah...


Assalammualaikum w.b.t

sekadar perkongsiaan...


Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com



ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Akak sayanggg ayah...

Akak ingat lagi waktu akak terpaksa 'repeat' untuk masuk matrik buat kali kedua. Akak tahu ayah nak akak berjaya, akak tahu ayah mestinya malu pada rakan-rakan ayah yang anak mereka berjaya masuk 'U'...sedangkan sebelum ini akak selalu menghadiahkan 'kejayaan' buat ayah. Ayah ingat tak lagi waktu akak bawa balik keputusan PMR, waktu tuh akak cuba berlakon yang akak tak dapat 'A', sedangkan masa tuh akak sebenarnya dapat 7A 1B. Lepas akak bagitau hal yang sebenarnya...akak dapat lihat wajah ayah berseri, tersenyum manis. Bahagianya akak rasa waktu tu...

Tapi ayah...hidup ni bagai roda.

Andai dulu kejayaan sentiasa berdampingan dengan akak...namun ianya hanya seketika. Akak cuba untuk jadi seperti dulu...cuba untuk membanggakan ayah, namun...

Walau akak tak seperti dulu...namun kata-kata semangat tak pernah luntur dari mulut ayah, sentiasa hangat kata-kata itu.

Kadang-kadang akak malu pada diri sendiri...malu bila diri ini yang selalu putus harapan...malu bila diri ini bersikap negatif...

Sedangkan ayah...tak pernah jemu memberi kata-kata perangsang, tak mahu melihat anaknya putus harapan

MAAFKAN AKAK, AYAH...

MAAFKAN akak andai semasa ayah besarkan akak, akak ada membuat kesilapan pada ayah...MAAFKAN akak andai semasa hayat ayah, ada perkara yang membuatkan ayah malu mempunyai anak seperti akak...MAAFKAN AKAK, AYAH...

Andai bila ayah terbaca apa yang akak tulis ini, dan waktu itu akak telah tinggalkan ayah untuk selamanya, akak nak ayah tahu...yang akak sayanggg ayah. Halalkan segala-galanya yang ayah berikan untuk akak.

p/s: ...

01 February, 2009

KERIS (Part 3)

Assalammualaikum w.b.t

Jam sekarang menunjukkan pukul 8.23 malam. Cik Eha terpaksa menjadi 'pencuri masa' terhormat...hehe. 'Pencuri masa' terhormat? (ada ke?). Tapi semua ini Cik Eha buat adalah untuk pengunjung-pengunjung blog Cik Eha...moga-moga segala perkongsiaan yang Cik Eha buat membawa kebaikkan buat anda semua. Baiklah, untuk entry kali ini...seperti yang dijanjikan, Cik Eha akan membawa kisah kebesaran ALLAH S.W.T yang berlaku pada malam hari Ahad iaitu dalam slot muhasabah dan munajat pada Program KERIS yang Cik Eha sertai.


...





















Cik Eha percaya ayat pertama yang akan terpacul keluar dari mulut sesiapa yang melihat gambar-gambar ini semestinya akan mengucapa 'SUBHANALLAH'. Itulah juga ayat pertama yang keluar dari mulut Cik Eha ketika melihat gambar ini ditayangkan di hadapan skrin oleh fasi-fasi setelah slot itu tamat.

Gambar-gambar ini bukannya diedit menggunakan software adobe photoshop dan software-software sewaktu dengannya tetapi gambar-gambar ini adalah realiti yang berlaku sewaktu para peserta sedang melakukan solat taubat serta berzikir.

Buat beberapa kalinya, Cik Eha berasa kagum.

p/s: Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah