BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

27 May, 2009

::Rooftop Rant::;




lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

...

berusaha untuk khatamkan novel ini. An interesting novel...very inspires me. Read first, and you know what i meant..(^___^)

Sang Lebah berkata: Berfikir-fikir mahu melaburkan wang untuk sebuah buku...ermmm, maybe i should buy it (^___^)

19 May, 2009

Teacher to-be

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah dapat jugak Cik Lebah mengupdate blog yang terhenti seketika pengeluaran 'madu'nya...

Sewaktu Cik Lebah menaip entry ini...Cik Lebah sebenarnya dalam masa yang sama ber'chatting' dengan sahabat baik Cik Lebah di Upsi yang menceritakan serba sedikit pengalaman beliau bersama rakan-rakan menyertai Program Mari Mengajar di sebuah sekolah agama yang dianjurkan oleh sebuah persatuan di UPSI. Amat menarik sekali pengalaman yang diceritakan. Cik Lebah sebenarnya tidak dapat bersama-sama menyertai mereka kerana tarikh untuk program tersebut sebenarnya bertindih dengan urusan Cik Lebah yang tak dapat dielakkan.

Sewaktu beliau menceritakan pengalaman beliau berada di sekolah...Cik Lebah sebenarnya teringatkan cita-cita Cik Lebah sewaktu masih kanak-kanak...ermmm (sure tersenyum sendirian bila teringat balik)

Cita-cita Cik Lebah dari kecil sampai la masuk matrik akan mengalami perubahan...sekejap mahu menjadi seorang doktor, sekejap mahu menjadi seorang guru, sekejap mahu menjadi seorang pensyarah, sekejap mahu menjadi seorang nurse, sekejap mahu menjadi seorang jurutera dalam bidang kimia (ni cita-cita masa form 4&5...sebabnya Cik Lebah sangat2 minat dalam subjek kimia yang diajar oleh Cikgu Azlina Abd Karim yang sungguh2 baikkk)

Tapi seingat Cik Lebah, cita2 yang agak ketara ditonjolkan oleh gerak gaya Cik Lebah ialah untuk menjadi seorang guru dan seorang doktor...yup

Kalau untuk menjadi seorang guru...

Pada usia Cik Lebah masih kanak-kanak, Cik Lebah pernah mengambil beberapa batang kapur yang selalunya dah pendek (dulu kan masa sekolah rendah teknologi yang digunakan hanyalah papan hitam dan kapur). Selalunya kapur-kapur ini akan Cik Lebah kutip bila waktu Cik Lebah bertugas membesihkan kelas. Apa la yang budok ni nak buat kutip kapur banyak2?....Jawapannya...

Bila balik sekolah atau bila ada waktu lapang, Cik Lebah bersama-sama adik Cik Lebah akan berperanan memainkan watak seorang guru dan murid...hehe. Of course i'm the teacher. Waktu tuh adik tekun jer dengar bebelan kakak dia kat depan almari(kapur tuh digunakan untuk menenyeh di almari kayu yang org gunakan dulu2x). So kakak dia ni akan menconteng-conteng di atas permukaan almari sambil memegang sebuah buku dan dengan mulut yang pot pet berceloteh kat depan. Si adik ni pula ternganga kat depan...nak mengelak takot kena marah (maklumla kakak dia sangat garang), jadi terpaksa menadah telinga...heheh( tq adikku)

Dan ketika usia Cik Lebah mencecah 9 tahun perkara yang sama ini berulang. Tetapi aktiviti main peranan ini hanya melibatkan rakan-rakan sekolah rendah Cik Lebah. Apa yang Cik Lebah sudah lakukan?

Cik Lebah dengan kapandaian yang ada pada masa itu telah memberi kelas tambahan kepada rakan-rakan Cik Lebah yang kurang mahir dalam subjek BI. Atas inisiatif Cik Lebah yang mahu membantu rakan-rakan Cik lebah, maka Cik Lebah akan berusaha menulis kembali latihan BI dalam buku-buku latihan. Pada masa itu, Cik Lebah yang tidak tahu apa maksud mesin fotostat telah berusaha menyalin sebanyak beberapa helai kertas yang terkandung dalamnya latihan. Kalau 4 orang rakan yang menyertai tuisyen ini, maka 4 kertas helaian latihanla...heheh. Tapi yang peliknya rakan-rakan Cik Lebah memberi kepercayaan terhadap 'guru' yang tak bertauliah ini (ermm...)

...Dan kelakuan untuk menjadi pendidik itu...rupa-rupanya tak pernah padam biarpun Cik Lebah amat kerap bertukar impian dan cita.

...Sebabnya bila Cik Lebah berada di tingkatan 4 dan 5, Cik Lebah telah diberi jawatan sebagai pengawas sekolah. Selalunya pengawas sekolah akan menjaga kelas -kelas yang pada masa yang sama gurunya bermesyuarat. Jadi untuk mengelak dari sesebuah kelas mengalami keadaan yang huru-hara, maka 2 orang pengawas akan ditempatkan dalam kelas tersebut. Nak dijadikan cerita, Cik Lebah bersama seorang rakan telah masuk ke kelas yang pelajar-pelajarnya akan nakal dan suka berbuat bising. Bila keadaan itu terjadi, apalagi Cik Lebah menggunakan aset kegarangan melalui riak muka...huhu...dan apa yang terjadi kelas tuh mengalami keadaan yang sunyi seketika, heheh (garang sangatkah?)...tapi sekejap cuma keadaan ini...(^___^)

...Dan sehingga kini Cik Lebah lebih senang untuk bergelar seorang pendidik...

...Biarpun Cik Lebah tahu untuk menjadi seorang pendidik bukan perkara yang mudah...sentiasa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...


Sang Lebah berkata: Muka jer nampak garang tapi sebenarnya baik...(^___^). Sentiasa memohon dalam doa untuk menjadi seorang yang SABAR dan TABAH.

14 May, 2009

...Kembali...

"Salam kembali ke halaman bonda & ayahnda"

Alhamdullilah..

Sang Lebah berkata: Sedang memikir untuk aktiviti yang berfaedah di musim cuti (actually I've so many activities to do within this short holidays)