BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

29 September, 2009

~BUSY MODE~ >_<

Assalammualaikum w.b.t




yeah! yeah! yeah!

Sang Lebah berkata: ~BUSY MODE~

25 September, 2009

Salam Eid Mubarrak

Assalammualaikum w.b.t

Berakhirnya bulan perjuangan




Tibanya hari kemenangan




Semoga semangat perjuangan kita tidak tamat di sini




Dan kemenangan kita bukan sekadar bulan ini




Maaf zahir dan batin


Sang Lebah berkata: I'm running for...

14 September, 2009

Allah tegur kita...(part 3)

Assalammualaikum w.b.t

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(Al-Baqarah, 216)

Sang Lebah berkata: kerosakkan pada laptop :-(...huhu (Sabarkanlah hatiku ini, YA RABB)

06 September, 2009

'Juadah Rohani'

Assalammualaikum w.b.t

Kita sibuk berfikir untuk membeli dan memasak juadah berbuka pada setiap hari Ramadahan kita. Sibuk berfikir keinginan perut yang pinta diisi dengan juadah-juadah yang sedap dan lazat. Sibuk juga berfikir juadah-juadah idaman yang masih belum lagi ditunaikan.

Tapi...

Pernah tak kita terfikir, 'juadah idaman' rohani kita?

Pernah tak kita sibuk untuk memikirkannya?

Pernah tak kita sibuk memikirkan 'juadah' apakah yang masih belum lagi terisi dek rohani kita di Ramadahan kali ini,yang cuma tinggal beberapa ketika saja lagi untuk meninggalkan kita?

Pernah kah kita beria-ria memikirkan, andai ini Ramadahan terakhirku, maka apakah yang telah aku sediakan untuk santapan rohaniku?

Sang Lebah berkata: Reflect untuk diri sendiri...Subhanallah, amat menginsafkan sekiranya kita sedang alpa memikirkan juadah untuk perut ini...T_T

05 September, 2009

::mesej::

Assalammualaikum w.b.t

"Semoga langkah pertama awak didahului dengan niat yang benar kerana ALLAH hendaknya. Kita menyeru kepada ALLAH dengan sumber daripada ALLAH kerana taatnya kita pada ALLAH...". ::AMEEN::


...
"Wahai Tuhan Kami, janganlah kiranya Engkau menggoncang-gancangkan hati kami setelah Engkau memberikan petunjuk kepada Kami, dan berikanlah kerahmatan kepada kami daripada sisi Engkau sesungguhnya Engkau Adalah Maha Pemberi"


Sang Lebah berkata: ::senyum::. Rindunyerrr pada dia...pada ketegasannya, pada renung matanya yang mencari sesuatu...ermm, dan saya MAHU sentiasa memperbaharui niat saya keranaNYA.

04 September, 2009

ALLAH tegur kita...(Part 2)

Assalammualaikum w.b.t

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,

padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".

(Al-Baqarah, 214)

...

Cubaan tak semestinya datang dari sudut negatif (kegagalan, kesakitan, kemiskinan), tapi harus diingat cubaan dari sudut yang positif (kejayaan, kesihatan, kekeayaan, e.t.c) tu la yang akan memudharatkan kita seandainya kita lupa dan alpa bahawa nikmat yang diberikan itu tidak kekal...ermm, sama-sama la kita bertawakal kepadaNYA...

Sang Lebah berkata: Ingatan utk diri sendiri jgak...