BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

15 March, 2010

Tarbiyah ini (4)

Assalammualaikum w.b.t

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Sang Lebah berkata: quote from lyric 'erti syukur' by UNIC...

07 March, 2010

Tarbiyah ini (3)

Assalammualaikum w.b.t

Malam ini (lebih kurang 24 jam)...ALLAH benar- benar menguji saya.

yup!...Saya lah insan terpilih dan bertuah itu.

Saya benar- benar insan terpilih itu.

Saya memang benar insan yang dipilih itu.

p/s: Hanya dalam tempoh 24 jam, DIA benar- benar telah mengajar saya. Terima kasih ALLAH atas peringatanMU...

06 March, 2010

Tarbiyah ini (2)

Assalammualaikum w.b.t

Pagi tadi ALLAH sayangkan saya...

hurm...dia tunjukkan sesuatu kepada saya sekali lagi...

yup!...sesuatu yang dapat menjadikan saya seorang HAMBA yang sentiasa mengingatkan TUANNYA...

Saya HAMBANYA...Mereka juga HAMBANYA...Kawan saya itu juga HAMBANYA...

Jadi mengapa saya harus bergantung harap pada HAMBANYA?

Bukankah saya sepatutnya bergantung harap HANYA PADA TUAN YANG MENCIPTA HAMBANYA?

Sang Lebah berkata: saya MERINDUI MAK dan AYAH

Tarbiyah ini...

Assalammualaikum w.b.t

Malam ini ALLAH beri saya tarbiyah...

yup!...Saya seorang insan yang bertuah

Saya dipilih olehNYA untuk merasakan tarbiyah ini

Saya tahu dugaan dan ujian yang diturunkan ini bukan calang- calang orang boleh mengahadapinya...

...dan ALLAH memilih saya sebab DIA mahu ingatkan saya tentang 'segala sesuatu ditanganNYA'

...bukannya di tangan manusia yang DIA ciptakan...

...Alhamdullilah...terima kasih ALLAH

p/s: BEE STRONG!

01 March, 2010

Al- Baqarah, 142

Assalammualaikum w.b.t

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
[Al- Baqarah, 142]

...

Ayat 142-152 tertumpu kepada perbicaraan mengenai peristiwa peralihan kiblat umat Islam ketika itu (selepas hijrah ke Madinah), iaitu dari Kaabah ke Masjidil Haram dan kembali semula ke Kaabah.

Menurut riwayat-riwayat, peristiwa peralihan kiblat ini berlaku pada bulan ke- 16 dan ke- 17 hijrah. Pada ketika itu, sesetengah kaum muslimin sedang berada di pertengahan solat apabila mereka mendengarperintah perubahan kiblat itu lalu mereka berpusing menghalakan mukamereka ke arah Masjidil-Haram di tengah-tengah solat mereka danmenyempurnakan solat itu dengan menghala ke kiblat yang baru.

Keadaan ini (perubahan kiblat dari Kaabah ke Masjidil Haram) menyebabkan, Bani Yahudi dan Nasara berkomplot dan meniupkan angin-angin keraguan pada hati umat Islam ketika itu dengan menimbulkan persoalan tentang kebenaran agama Islam yang dianuti kerana menyangkakan umat Islam ketika itu telah menghadap mereka ((perubahan kiblat dari Kaabah ke Masjidil Haram)

Hal ini kerana, diketahui sejak dahulu lagi Kaabah merupakan kebanggaan bangsa Arab sejak zaman jahiliyah sehinggalah Islam bertapak. Imbas kembali, sewaktu serangan tentera bergajah terhadap Kaabah, Bangsa Arab ketika itu sangat melindungi Kaabah. Oleh itu, menjadi sesuatu yang sangat berat sekiranya apa yang telah kita banggakan, agungkan akan diubah 360 darjah.

Namun begitu, peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah S.W.T mahu 'menapis' iman Umat Islam ketika itu dengan melihat kepada iman-iman yang goyah akibat tiupan bisikan-bisikan jahat Bangsa Yahudi dan Nasara selain peristiwa yang berlaku ini merupakan ujian dan dugaan yang besar kepada mereka ketika itu.

Permulaan ayat 'Orang-orang yang bodoh', meruapakan ayat yang dituju kepada Bani Yahudi dan Nasara serta sesiapa sahaja yang meiupkan bisikan goyah itu kepada umat Islam. Tegasnya di sini, Allah sangat murka sehingga menujukan perkataan 'bodoh (kurang akal) kepada mereka

...

Refleksi ayat pada situasi sekarang:

Bangsa Yahudi takkan pernah berhenti meniupkan rasa goyah pada Umat Islam. Pada zaman sekarang, dakyah-dakyah dan tipu muslihat Yahudi tidak akan kita boleh lihat dengan mata kasar. Serangan pemikiran oleh Yahudi telah lama dilancarkan. Antara kita sedar dan tak sedar.Hiburan melampau, pakaian menjolok mata (ala-ala barat), arak, rokok yang akhirnya menyumbang kepada masalah akhlak yang dashat (kes pembuangan bayi, zina)

Imabas kembali: Penaklukan Melaka oleh Portugis (1511). Selalu dibincangkan dan sudah diketahui bahawa pada permulaan datangnya Bangsa Portugis ini ke Melaka adalah disebabkan mahu memperolehi bekalan rempah, namun sedarkah kita mereka sebenarnya mempunyai agenda tersirat, agenda yang sering dilaung-laungkan pada ketika itu adalah mahu menyebarkan dakyah kristinisasi. Adakah sesuatu yang logik, apabila orang Barat mahu menikmati rempah yang pedas, sedangkan mereka sebenarnya tidak tahan pedas?

10 February, 2010

kembali...

Assalammualaikum w.b.t

Subhanallah!

Alhamdullilah!

Allahuakhbar!

...

Sudah lama menyepi dari blog...bukan tidak mahu menjengah apatah lagi menggerakkan jari-jemari pada keyboard laptop

Tugas sihir dan rahib silih berganti...tanggungjawab ya!

Ujian dalam tanggungjawab itu juga harus dihadapi...dan semestinya dihadapi dengan penuh kesabaran walaupun kadang-kadang terdetik di hati mahu melenting di atas kesukaran ini,

Ya ALLAH...alhamdullilah, ALLAH masih sayangkan saya...dia mahu menguji saya tapi diberikan saya alat ketabahan supaya saya menghadapi ujian ini dengan sabar

Sudah lama juga kalenjar air mata ini tidak menjalankan tugas...ya, bila difikir kembali...mengapa aku menidakkan tugasnya?

Sang Lebah berkata: saya mahu bermuhasabah!

19 January, 2010

MOtiVAteD

Assalammualaikum w.b.t

"When you lose your way to ALLAH...you should turn"


Sang Lebah berkata: O! ALLAH...give me a strength in my way to YOU.

24 November, 2009

Ya ALLAH...

Assalammualaikum w.b.t

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Sang Lebah berkata: di saat ini...

20 November, 2009

Allah Tegur Kita (part 5)

Assalammualaikum w.b.t

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya".
[An-Nahl, 66]

...

Sang Lebah berkata:
Allah S.W.T telah memberikan yang terbaik buat kita...

14 November, 2009

i'm lost....

Assalammualaikum w.b.t

Something weird happens to me...I don't know what it is...

I don't know how to express it...if I tell it, would someone understand me?

I am searching myself...but I don't know how




Lonely cat...searching herself

Sang Lebah berkata: fell want to cry...[Allah, please help me...please give me a strenght]

06 November, 2009

;; MUJAHADAH;;

Assalammualaikum w.b.t

just a reminder for me and friends...

"DO NOT LET YOUR HAWA' CONTROL YOURSELF"


Sang lebah berkata: MUJAHADAH=BERJUANG=STRIVE

02 November, 2009

::Salam Takziah::

Assalammualaikum w.b.t

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [Al-Baqarah, 286]

...

Salam takziah buat sahabat seperjuangan, Suliha Abd Hamid yang telah kehilangan bonda tersayang pada hari ini 2hb Oktober 2009...

Moga Suliha dikurniakan semangat dan kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang...AMEEN.

Sang Lebah berkata: Kagum dengan ketabahannya...semoga dia sentiasa kuat, dan saya juga mahu dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dugaanNYA...

31 October, 2009

::Allah tegur kita...(part 4)

Assalammualaikum w.b.t

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." [ Al-Imran, 14]

Sang Lebah berkata: semoga tak lemas dengan indahnya dunia yg sementara...

30 October, 2009

::CHOOSE ONE:::

Assalammualaikum w.b.t

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

...

[1]
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2]
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
[3]
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4]
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5]
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
[6]
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7]
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8]
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[11]
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
[12]
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13]
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
[14]
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15]
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Sang Lebah berkata: it have two ways...CHOOSE ONE!

27 October, 2009

::Muhasabah::

Assalammualaikum w.b.t

Andaikan anda menerima panggilan telefon dari kekasih anda...ya, kekasih anda yang amat anda sayangi dan cintai.

Anda tidak boleh lambat dari mengangkat panggilannya...itu sudah semestinya, anda tidak mahu dirinya terluka...anda mahu menjaga hatinya...

Anda amat kasih padanya...anda sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya...

...

Reflection.

Andai kekasih itu...ialah ALLAH S.W.T, pencipta kita...ianya akan lebih bermakna

Tidak salah bukan andai kita menyahut panggilanNYA di awal waktu?

panggilan KEKASIH yang SATU...yang MAHA MEMBERI segalanya pada kita, dari sekecil-kecil kuman

Ketepikanlah dulu bebanan dunia itu...

Sangat lah menyedihkan andai panggilanNYA dibiarkan tidak bersahut untuk tempoh yang lama semata-mata kita sibuk dengan perkara keduniaan yang tak puas dikecapi manisnya...





Selamat menempuhi peperiksaan...

Sang Lebah berkata: reflection pada saya juga. Bukan sahaja di musim peperiksaan hendaknya.

21 October, 2009

...La Tahzan...

Assalammualaikum w.b.t

...ermm...

i'm upset...a little

Don't know what to do so that audience pay attention to me...

...

"Dunia ini ada 2 pilihan, sama ada kamu ingin menjadi seorang yang PENYABAR atau ingin menjadi seorang yang PEMARAH"

...

SAYA MAHU MENJADI SEORANG YANG PENYABAR...(^______________^)

"YA ALLAH, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG PENYABAR"

...dan ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG SABAR...

...sweetnyerrr bila ALLAH SENTIASA DENGAN KITA...

Sang Lebah berkata: dah la tuh...jangan sedih-sedih, LA TAHZAN

16 October, 2009

::Muhasabah::1

Assalammualaikum w.b.t

Ouch!...saya tersungkur, jatuh...sakitttnya

Sakit sangat...bila lutut bertemu jalan berkonkrit ini...

Sakit sangat...bila epidermis kulit terkoyak menampakkan isi kemerahan...

Sakit sangat...bila darah mengalir keluar...

Sakit sangat...bila sang tangan cuba menyentuhnya dengan niat mahu membersihkan luka tersebut...

...

Saya memikirkan perihal sakit itu...

Tapi saya lupa...lupa...lupa...

Dan ALLAH...


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".(Al Baqarah, 30)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Adz- Dzariyyat, 56)

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.(adz- Dzariyyat, 57)

Sang Lebah berkata: walau 'lambat' berlari...

::Bertuah::

Assalammualaikum w.bt.

Alhamdullilah...alhamdullilah...alhamdullilah

Sakit itu sebenarnya juga suatu nikmat...nikmat yang manis untuk dikecapi...

yup

tak semua mereka yang dipilih untuk mengecapi nikmat sakit...hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang bertuah untuk dipilih menjadi sakit

...dan saya sememangnya orang yang bertuah untuk menjadi sakit...(^_^)

Sang Lebah berkata: alhamdullilah, terima kasih ALLAH(sistem imunisasi menyerang 'mereka')

06 October, 2009

'Ku berlari'

Assalammualaikum w.b.t

Firdaus:

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..

Sang Lebah berkata: really love this song ^_^

29 September, 2009

~BUSY MODE~ >_<

Assalammualaikum w.b.t




yeah! yeah! yeah!

Sang Lebah berkata: ~BUSY MODE~