Subhanallah...Alhamdullilah...gara-gara 'kerjasama' dan 'ukhuwah' yang terjalin sesama virus Influenza A H1N1, seluruh warga UPSI malah institusi pengajian seluruh malaysia telah dinasihatkan untuk ber'cuti' selama 7 hari.
Subhanallah...Bukankah ALLAH S.W.T itu Maha Agung? Dari saiz yang hanya beberapa makrometer itu bisa memporak-perandakan manusia yang cukup takut dengannya...takut sekiranya hayat yang diberi tamat dengan serangan virus yang tak nampak dimata itu.
Sang Lebah berkata: sedang mengalami sakit tekak, batuk dan mcm nak demam (temperature x stabil)...alhamdullilah. Ah!!! terima saja la ini sakit, agar kamo bisa jadi kuat dong
jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal.
Tetapi adakah batas halal dan haram hanya sekadar terhadap makanan dan minuman?
Ini merupakan persoalan yang penting untuk kita jawab kerana inilah bentuk berfikir yang ada dalam masyarakat kita.
Umum mengetahui rahsia di sebalik perintah Allah terhadap Babi yang hukumnya memang jelas haram di makan. Dan banyak lagi rahsia yang terdapat dalam perintah Allah ini contohnya haram memakan makanan hasil curian atau yang bukannya bukan milik kita.
Dan sesungguhnya ruang lingkup halal dan haram ini juga terdapat di dalam pelbagai lagi sudut dalam kehidupan kita seorang muslim. Dalam komik kali ini kita bercerita tentang couple – halal @ haram. Ada yang halal dan ada yang haram. Dan sememangnya hakikat pengabdian kepada Allah ini semestinya ada rahsia-rahsianya yang melindungi manusia daripada kerosakan.
Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”(al-Nur: 31)bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak. Allah s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30)
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami' Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
* Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi. * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
Pendetailan Ciri:
1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ'thur
2. Tidak berhubung dengan Jin
3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
4. Tidak menenung nasib
5. Tidak mendekati tukang tilik
6. Tidak mengusap kubur
7. Tidak meminta bantuan dari simati
8. Tidak bersumpah dgn selain Allah
9. Tidak mempercayai adanya sial
10. Mengikhlaskan amal kerana Allah
11. Mengimani rukun-rukun Iman
12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
* Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya. * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram. * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
Pendetailan Ciri:
1. Tidak menolak utk azan
2. Bersuci dgn sempurna
3. Sangat menghargai solat berjemaah
4. Sangat suka berjemaah di masjid
5. Memperbaiki mutu solat
6. Qiamullail seminggu sekali
7. Menunaikan zakat
8. Berpuasa wajib
9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan
10. Ada niat utk menunaikan haji
11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah
12. Khusyuk ketka membaca al-Quran
13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
17. Menjauhi dosa-dosa besar
18. Sentiasa membaca zikir pagi
19. Sentiasa membaca zikir petang
20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi
21. Menunaikan Nazar
22. Menyebarkan Salam
23. Menahan anggota dari perkara haram
24. Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
25. Menggunakan sugi/siwak
26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
* Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
Pendetailan Ciri:
1. Tidak takabbur
2. Mempunyai pendirian
3. Tidak menipu
4. Tidak mencaci
5. Tidak mengadu domba
6. Tidak mengumpat
7. Tidak berdusta
8. Tidak mengejek
9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
11. Mengasihi orang yg lebih muda
12. Menghormati orang yg lebih tua
13. Menunaikan janji
14. Menundukkan pandangan
15. Menjaga rahsia
16. Menutup dosa orang lain
17. Cemburu terhadap isteri
18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
* Walaupun kaya, perlu bekerja. * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi. * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan. * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). * Menjauhi riba dalam semua lapangan. * Menyimpan untuk waktu kesempitan. * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran. * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
Pendetailan Ciri:
1. Mejauhi pekerjaaan yang haram
2. Menjauhi riba
3. Menjauhi judi
4. Menjauhi penipuan
5. Menunaikan zakat
6. Membuat simpanan walaupun sedikit
7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
8. Memelihara harta awam
9. Memelihara harta peribadi
5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
* Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain. * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah. * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
Pendetailan Ciri:
1. Mampu membaca dan menulis dgn baik
2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
3. Memelihara hukum-hukum tilawah
4. Menghafaz setengah dari hadith 40
5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
9. Mengetahui hukum-hukum solat
10. Mengetahui hukum-hukum puasa
11. Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
13. Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
15. Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
16. Mendengar dengan baik
17. Mampu memberikan pandangan
18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
19. Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
* Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat. * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan� * Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan�
Pendetailan Ciri:
1. Bersih tubuh badan
2. Bersih pakaian
3. Tempat tinggal yg bersih
4. Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
5. Tidak berjaga malam berlebihan
6. Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
7. Bangun sebelum terbit fajar/subuh
8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
9. Meninggalkan tabiat merokok
10. Menjauhi tempat-tempat kotor
11. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
* Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam. * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam. * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Pendetailan Ciri:
1. Menjauhi perkara-perkara haram
2. Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
3. Meninggalkan tempat-tempat maksiat
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
* Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.�
Pendetailan Ciri:
1. Bangun awal
2. Menggunakan masa tertentu utk belajar
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
* Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan. * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
Pendetailan Ciri:
1. Penampilan yg elok
2. Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
* Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai. * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Pendetailan Ciri:
1. Menunaikan hak ibu bapa
2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan
3. Membantu orang-orang yg memerlukan
4. Membimbing orang yang sesat
5. Berkahwin dgn pasangan yg sesuai
Sang Lebah berkata: Sangat bahagia kalau kita ada semua yang 10 ni...^_^
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat...tidak pernah selesai”
...
Alhamdullilah...report dan slide presentation PBL untuk subjek TBD 2013 (Developmental Biology) sudah pun siap (untuk bahagian Cik Lebah). Hanya tinggal untuk digabungkan bersama bahagian-bahagian para sahabiah yang lain...insya allah. Afwan kepada para sahabiah dalam group Cik Lebah kerana untuk penggabungan report berserta slide presentation PBL, Cik Lebah tidak dapat bersama-sama menyertainya kerana pada hujung minggu ini kehadiran Cik Lebah di suatu tempat amat diperlukan. Bukan Cik Lebah mengelat dari membuat kerja bersama-sama antunna sekalian, tapi perkara hujung minggu ini penting untuk Cik Lebah hadiri. Afwan sekali lagi.
Malam ini perancangannya, Cik Lebah akan membuat ulangkaji bagi subjek TBD 2013 (Developmental Biology) dan TKU 1013 (Introduction Chemistry I) kerana pada minggu depan ada dua kuiz serentak, iaitu hari Isnin untuk TKU 1013 dan Selasa untuk TBD 2013. Doakan untuk kejayaan kita bersama...insya allah
Sang Lebah berkata: Jazakillah khairan kathira buat sahabiah kerana memahami diri ini.
p/s: Entry ini merupakan lanjutan dari entry Sarang Baru
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdullilah...segala puji dipanjatkan ke hadratNYA. Setelah sekian lama, akhirnya ‘sarang’ kepunyaan Cik Lebah dapat juga menge’pos’kan ‘madu’nya buat tatapan ‘mereka’ di alam maya ini. Janganlah ditanya tentang ke’hilang’an Cik Lebah di ‘alam maya’...bukanlah diri Cik Lebah yang ‘kacik’inisengaja untuk melenyapkan diri. Ke’hilang’an Cik Lebah di ‘alam maya’ adalah disebabkan ‘jaringan’ yang tidak disediakan di ‘sarang’ baru Cik Lebah...namun hal ini sebenarnya tidak menghalang Cik Lebah untuk bertanyakan khabar sahabat-sahabat jaringan malah ‘sahabat-sahabat yang tidak berada di likungan ‘jaringan’ ini masih tetap berada dalam kalbu Cik Lebah...insya allah...
Yup,seperti yang Cik Lebah katakan di awal bicara kita, Cik Lebah bukan sengaja untuk tidak mem’bekal’kan madu buat cicipan pengunjung sekalian. Kelewatan men’cicip’kan madu ini kerana ‘jaringan’ yang tidak dibekalkan di sarang baru Cik Lebah. Bila berkata tentang ‘sarang’ baru Cik Lebah...semua tahukah Cik Lebah telah berpindah ke rumah baru?
Sudah hampir seminggu Cik Lebah ber’sarang’ di rumah baru yang terletak berdekatan dengan kampus di mana Cik Lebah menuntut ilmu dan menimba pengalaman. Alhamdullilah...suasana di sini amat ketara bezanya berbanding dengan kolej kediaman Cik Lebah terdahulu. Kadang kala Cik Lebah rasa bahagia apabila tiada ‘jaringan’ di sediakan di sini...bukanlah bermakna Cik Lebah menidakkan kepentingan penggunaan internet (‘jaringan’)...bukan juga Cik Lebah menidakkan kepentingan kita untuk mengetahui ‘dunia’ luar sana.
Pemandangan Kolej KUO dan Bahtera Terracedari tingkat atas bangunan Kolej Kediaman KHAR (tempat Cik lebah menginap dahulu)
Rumah Cik Lebah di KHAR dahulu
Kadang-kadang Cik Lebah akui Cik Lebah agak leka bila diri Cik Lebah telah hanyut di alam maya. ‘Sibuk’ menguruskan perkara-perkara yang remeh di ‘alam maya’...yang telah diketahui tiada kepentingannya, astagfitrullah...
Berada di rumah baru membuatkan Cik Lebah untuk lebih fokus kepada apa yang seharusnya Cik Lebah lakukan. Dan yang paling membuatkan Cik Lebah bahagia berada di sini ialah apabila masa dan waktu yang menjadi milik Cik Lebah terasa begitu penting sekali...hanya perkara penting saja jika mahu berurusan dengan Cik Lebah, hanya perkara penting sahaja. Perkara remeh rasanya tolakkan sahaja pada mamak jual tosai...hehe
Sahabiah-sahabiah di rumah ini juga alhamdullilah semuanya baik-baik belaka, mengingatkan diri ini untuk lebih mengingati kepada yang berhak. Walaupun pada mulanya Cik Lebah berasa agak janggal untuk berada di samping mereka yang sememangnya telah lebih lama mengenali antara satu sama lain...namun hal ini tidak menghalang Cik Lebah untuk bergaul rapat dengan mereka. Ada antara rakan-rakan Cik Lebah yang mengetahui perihal Cil Lebah yang terpisah dari mereka menyoalkan hal ini...tinggal dengan rakan sekelas yang mana? Sungguh...Cik Lebah akan menjadi kelu untuk beberapa saat memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan ini.
Dan untuk ayah serta bonda Cik Lebah yang lebih-lebih lagi hairan dengan fiil anaknya yang pelik ini, akan Cik Lebah buktikan...”I’M SURVIVOR, MOM AND DAD!!!”. Walaupun tidur beralaskan lotto yang entah berapa abad umurnya, bukan lagi beralaskan tilam empuk yang membutkan tidur hanyut ke siang hari...walaupun hanya makan bersila persis anak jepun dan bukannya makan di atas kerusi kayu sehingga kenyangnyaberlebihan-lebihan...walaupun hanya belajar dalam keadaan bersila sehingga kebas kaki dan bukannya belajar atas kerusi keras sehingga lupa perkara lain...akan Cik Lebah buktikan yang Cik Lebih boleh BERJAYA dan “I’M SURVIVOR, MOM AND DAD!!!”
Nampaknya sampai di sini saja ‘buzz’ Cik Lebah. Berjumpa bicara kita di alam maya ini untuk kesekian kalinya nanti...insya allah
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat...tidak pernah selesai”
Sang Lebah berkata: Syorkan siapa-siapa yang selalu 24 jam di hadapan internet untuk duduk di kawasan yang tiada internet...mesti akan menjerit ‘BOSANNNNNYAA!!!” (hehe)
Alhamdullilah...result peperiksaan sudah diumumkan, dan bagi Cik Lebah...keputusan yang telah ditakdirkan adalah suatu ujian dariNYA...kerana bukankan KEJAYAAN dan KEGAGALAN yag ditakdirkanNYA adalah suatu ujian?
...
"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya
...
"Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai"
Sang Lebah berkata: Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah
lontarkan ...kalau tidak ia meracun kongsikan ...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa Tak selalunya ada pelangi Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo Rasa macam dah tak mampu bangkit Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade... tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita... sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara bicara bumbung namanya...
...
berusaha untuk khatamkan novel ini. An interesting novel...very inspires me. Read first, and you know what i meant..(^___^)
Sang Lebah berkata: Berfikir-fikir mahu melaburkan wang untuk sebuah buku...ermmm, maybe i should buy it (^___^)
Alhamdullilah dapat jugak Cik Lebah mengupdate blog yang terhenti seketika pengeluaran 'madu'nya...
Sewaktu Cik Lebah menaip entry ini...Cik Lebah sebenarnya dalam masa yang sama ber'chatting' dengan sahabat baik Cik Lebah di Upsi yang menceritakan serba sedikit pengalaman beliau bersama rakan-rakan menyertai Program Mari Mengajar di sebuah sekolah agama yang dianjurkan oleh sebuah persatuan di UPSI. Amat menarik sekali pengalaman yang diceritakan. Cik Lebah sebenarnya tidak dapat bersama-sama menyertai mereka kerana tarikh untuk program tersebut sebenarnya bertindih dengan urusan Cik Lebah yang tak dapat dielakkan.
Sewaktu beliau menceritakan pengalaman beliau berada di sekolah...Cik Lebah sebenarnya teringatkan cita-cita Cik Lebah sewaktu masih kanak-kanak...ermmm (sure tersenyum sendirian bila teringat balik)
Cita-cita Cik Lebah dari kecil sampai la masuk matrik akan mengalami perubahan...sekejap mahu menjadi seorang doktor, sekejap mahu menjadi seorang guru, sekejap mahu menjadi seorang pensyarah, sekejap mahu menjadi seorang nurse, sekejap mahu menjadi seorang jurutera dalam bidang kimia (ni cita-cita masa form 4&5...sebabnya Cik Lebah sangat2 minat dalam subjek kimia yang diajar oleh Cikgu Azlina Abd Karim yang sungguh2 baikkk)
Tapi seingat Cik Lebah, cita2 yang agak ketara ditonjolkan oleh gerak gaya Cik Lebah ialah untuk menjadi seorang guru dan seorang doktor...yup
Kalau untuk menjadi seorang guru...
Pada usia Cik Lebah masih kanak-kanak, Cik Lebah pernah mengambil beberapa batang kapur yang selalunya dah pendek (dulu kan masa sekolah rendah teknologi yang digunakan hanyalah papan hitam dan kapur). Selalunya kapur-kapur ini akan Cik Lebah kutip bila waktu Cik Lebah bertugas membesihkan kelas. Apa la yang budok ni nak buat kutip kapur banyak2?....Jawapannya...
Bila balik sekolah atau bila ada waktu lapang, Cik Lebah bersama-sama adik Cik Lebah akan berperanan memainkan watak seorang guru dan murid...hehe. Of course i'm the teacher. Waktu tuh adik tekun jer dengar bebelan kakak dia kat depan almari(kapur tuh digunakan untuk menenyeh di almari kayu yang org gunakan dulu2x). So kakak dia ni akan menconteng-conteng di atas permukaan almari sambil memegang sebuah buku dan dengan mulut yang pot pet berceloteh kat depan. Si adik ni pula ternganga kat depan...nak mengelak takot kena marah (maklumla kakak dia sangat garang), jadi terpaksa menadah telinga...heheh( tq adikku)
Dan ketika usia Cik Lebah mencecah 9 tahun perkara yang sama ini berulang. Tetapi aktiviti main peranan ini hanya melibatkan rakan-rakan sekolah rendah Cik Lebah. Apa yang Cik Lebah sudah lakukan?
Cik Lebah dengan kapandaian yang ada pada masa itu telah memberi kelas tambahan kepada rakan-rakan Cik Lebah yang kurang mahir dalam subjek BI. Atas inisiatif Cik Lebah yang mahu membantu rakan-rakan Cik lebah, maka Cik Lebah akan berusaha menulis kembali latihan BI dalam buku-buku latihan. Pada masa itu, Cik Lebah yang tidak tahu apa maksud mesin fotostat telah berusaha menyalin sebanyak beberapa helai kertas yang terkandung dalamnya latihan. Kalau 4 orang rakan yang menyertai tuisyen ini, maka 4 kertas helaian latihanla...heheh. Tapi yang peliknya rakan-rakan Cik Lebah memberi kepercayaan terhadap 'guru' yang tak bertauliah ini (ermm...)
...Dan kelakuan untuk menjadi pendidik itu...rupa-rupanya tak pernah padam biarpun Cik Lebah amat kerap bertukar impian dan cita.
...Sebabnya bila Cik Lebah berada di tingkatan 4 dan 5, Cik Lebah telah diberi jawatan sebagai pengawas sekolah. Selalunya pengawas sekolah akan menjaga kelas -kelas yang pada masa yang sama gurunya bermesyuarat. Jadi untuk mengelak dari sesebuah kelas mengalami keadaan yang huru-hara, maka 2 orang pengawas akan ditempatkan dalam kelas tersebut. Nak dijadikan cerita, Cik Lebah bersama seorang rakan telah masuk ke kelas yang pelajar-pelajarnya akan nakal dan suka berbuat bising. Bila keadaan itu terjadi, apalagi Cik Lebah menggunakan aset kegarangan melalui riak muka...huhu...dan apa yang terjadi kelas tuh mengalami keadaan yang sunyi seketika, heheh (garang sangatkah?)...tapi sekejap cuma keadaan ini...(^___^)
...Dan sehingga kini Cik Lebah lebih senang untuk bergelar seorang pendidik...
...Biarpun Cik Lebah tahu untuk menjadi seorang pendidik bukan perkara yang mudah...sentiasa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...
Sang Lebah berkata: Muka jer nampak garang tapi sebenarnya baik...(^___^). Sentiasa memohon dalam doa untuk menjadi seorang yang SABAR dan TABAH.
Alhamdullilah, akhirnya blog kepunyaan Cik Lebah dapat juga diupdatekan walaupun sekarang ini Cik Lebah mengalami kesibukkan yang melampau...yup, ditambah dengan hari-hari exam yang bakal menjelang tak lama lagi dan sampingan sisa-sisa assignment yang tak lama lagi bakal sampai di penghujung jalan.
Beberapa hari yang lepas sempat juga Cik Lebah melawat 'sarang' kepunyaan Taukeh Lebah yang sememangnya Cik Lebah kenali. Tajuk entrynya membuatkan Cik Lebah terpana seketika. Silalah klik pada perkataan "Taukeh Lebah" kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tajuk entrynya itu.
...
Cik Lebah sering memperdengarkan tentang satu keluhan yang berbunyi, "Aku risau la result sem ni, dahla tak ada stdy week, kerja assignment menimbun" atau pun berbunyi begini, "Ermmm, Cik Lebah takotnya...tadi tak dapat jawab dengan baik, mesti dapat sikit jer markah...sedihnya". Dan bunyi-bunyi bukan sahaja dapat didengar di sekeliling Cik Lebah sahaja malahan dalam diri Cik Lebah yang kacik (kecil) ni pon ada sahaja bunyi tersebut.
Dan apabila terbacakan entry "Taukeh Lebah" ini, antara ayat-ayat yang dapat Cik Lebah petik (yang akhirnya membuat Cik Lebah terasa...WAHHHHH!!!)
"Have you put your trust to Allah?"
Allah is the best planner and He knows better.
Walau betapa teruk kelihatan keadannya..
saya kena optimis
dan berusaha sedaya mampu saya
kerana segala yang bakal terjaditelah ditentukan olehNya.
Jika teruk
itulah yang terbaik untuk saya.
Jika baik,
Allah jua yang lebih tahu hikmahnya.
dan saya mohon,moga Allah bantu saya untuk terima apa jua keputusannya dengan lapang hatijuga sentiasa bersyukur atas apa saja nikmatnya.(Quote from her...)
P/s: "Ya ALLAH bantulah aku dengan cara yang KAU sukai"