BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

29 September, 2008

'Washing Machine Super Power' &Saksi

'Washing machine super power'

Wah!!!...lamanya tak jenguk dan keluarkan idea utk blog nie, huhu. Dalam lain perkataan lamanya tak update blog (isk3x...). Sibuk sgt ke? Sibuk benda apanya akak oii? (wawa...jawab sendiri la eh)

Sbnarnya penulis baru jer keluar dari ‘washing machine’...huhu, dalam erti kata lain penulis sebenarnya telah mengalami beberapa acara cucian yang melibatkan aktiviti seperti ’basuh’, ’sental’ dan ’tonyoh’ oleh ‘mesin basuh super power’...wah2!!!. Hebat tul kotoran yang ada kt penulis eh? Hmmm...serbuk cucian yang digunakan pun bkan calang-calang jenama...huhu

...
SAKSI
Di suatu pagi yang hening,

Di hadapan sebuah bangunan pencakar langit yang tersergam indah

Makcik bersama karipap, nasi lemak, dan aneka kuih sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaannya

Namun perasaan Makcik ketika itu agak kehairanan...kehairanan kerana suasana di sekitar bangunan pencakar langit agak lenggang [sunyi sepi]

Tapi suasana itu tidak menganggu kecekapan tangannya menyediakan warung kecilnya itu. Mungkin sebentar lagi gerainya akan dipenuhi orang yang tidak mahu ketinggalan merasai karipap buatan tangannya.

Beberapa ketika kemudian, datang seorang wanita muda dengan perut memboyot berusia 7 bulan

“Anak nak beli kuih apa?”

“Bagi saya karipap 3 biji kak”

Karipap dan RM 1.20 bertukar tangan

Tersenyum Makcik melihat anak muda ini, walaupun sarat mengandung namun tetap digagahkan juga dirinya untuk membeli karipap di gerainya itu.

BANGGGG!!!

Dentuman kuat di hadapan gerai Makcik

Darah memercik memenuhi jalan...dalam waktu yang singkat jalan raya yang pada mulanya hitam kini bertukar warna

Makcik yang berada di warung comelnya terkesima seketika

Baru sebentar tadi anak muda itu membeli karipapnya

Namun kini...

Tiada siapa pun yang berada di tempat kejadian...[perancangan ALLAH], hanya Makcik yang melihat kejadian itu...hanya Makcik...hanya Makcik

Sementara itu pemudi di dalam kereta comel masih lagi statik berada di tempatnya

Tidak tahu sama ada mahu membiarkan sahaja kejadian itu atau membantu wanita muda yang sedang nazak itu

...

Di sebuah mahkamah

Di dalam kandang saksi

Berdiri Makcik sebagai hanya...hanya...dan hanya seorang saksi yang menyaksikan tragedi itu. Menjawab setiap pertanyaan peguam dengan penuh jujur...[hasrat hati Makcik mahu menengakkan kebenaran terhadap apa yang telah terjadi kepada arwah wanita muda itu]

Kasihan Makcik melihat nasib keluarga serta suami wanita muda itu. Sudah pasti mereka merasa kehilangan yang amat. Dan Makcik berasa begitu bertanggungjawab ke atas segala-galanya. Yang bersalah patut dihukum!

...

Analisis Kisah Makcik.

  • Apakah yang akan yang terjadi seandainya Makcik enggan tampil ke Mahkamah disebabkan tidak mahu menjadi saksi ke atas tragedi tersebut?
  • Akan tertegakkah kebenaran seandainya Makcik enggan menjadi saksi di Mahkamah?
  • Akan terbelakah nasib wanita muda walaupun beliau sudah tiada?

Signifikan terhadap kisah Makcik.

Bersambung pada entri blog yang akan datang...

p/s: Cerita nie hanya rekaan semata-mata tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Tapi klau betul jadi mcm mana eh???

0 comments: