BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

03 December, 2008

"KALAU"

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah...syukur ke atas segala nikmat yang dikurniakanNYA terhadap kita untuk kita terus menjalankan peranan seperti sang baldi, biar tak sempurna namun peranan tetap berjalan...seketika aku teringatkan ayat yang terzahir dari blog usratiku, ica...kata-kata yang datang dari seorang pensyarahnya (aku agak...),“saye tiap2 hari keje, x de mase ntok cuti… kalo ipt cuti skalipon, saye tetap bekerje… kerje ntok Allah!!”. Subhanallah!!!...emmm, mampukah aku?

...

Berkata 'KALAU' dengan niat yang bersungguh-sungguh

Pokcik Y sudah lama terbaring kerana sakit tenat yang sungguh menyakitkan. Sudah banyak wangnya habis unruk berubat. Sudah ramai doktor pakar dari seluruh pelusuk dunia datang untuk merawatinya, dan bermacam-macam kaedah perubatan tradisional digunakan sebagai alternatif untuk mengubati penyakitnya itu. Namun segala ikhtiar tidak mendatangkan hasil, bak kata orang zaman sekarang 'hampeh'.

Pada suatu pagi yang nyaman (ceh, baget jer!), salah seorang sahabatnya datang membawa seorang doktor yang dipercayai mempunyai 'kuasa' untuk membantu Pokcik Y menyembuhkan penyakitnya. Dengan tenang hati, si doktor pakar tadi pun merawat Pokcik Y. Keajaiban berlaku apabila hanya selepas sebulan berubat, penyakit Pokcik Y sembuh serta merta. Pokcik Y dengan gagahnya dapat meneruskan aktiviti seharian seperti biasa, ~macam sebelum ini beliau tidak pernah sakit jer~.

Pokcik Y dengan bangganya berkata (~sambil hidungnya kembang-kempis~) "KALAU BUKAN KERANA DOKTOR PAKAR TUH, TENTU POKCIK MASIH TERLANTAR KAT KATIL NI KERANA SAKIT"

~End~

Perkataan 'kalau'...kadang-kadang tanpa kita sedari mungkin saja akan terzahir dari mulut. Namun sedarkah kita bahawa perkataan itu boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan ALLAH, nauzibillah!!!. Apatah lagi apabila kata-kata yang diucapkan diiringi dengan perasaan yang benar-benar yakin bahawa ada 'kuasa' lain yang menyebabkan sesuatu perkara terjadi sedangkan kita tahu bahawa segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat telah ditentukan olehNYA...dan hanya DIA sahaja yang benar-benar berkuasa. Kita hanya manusia biasa yang bisa merancang dengan hebatnya namun segala yang akan berlaku hanya akan berlaku dengan izinNYA sahaja

Seperti apa yang berlaku pada Pokcik Y, tanpa disedari Pokcik Y mengucapkan
"KALAU BUKAN KERANA DOKTOR PAKAR TUH, TENTU POKCIK MASIH TERLANTAR KAT KATIL NI KERANA SAKIT". Kata-kata seperti ini boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan ALLAH. Apatah lagi apabila dia benar-benar yakin, doktor itulah penyebab dia dapat sembuh sepenuhnya. Hanya sebab ubat-ubatnya yang mujarab itulah dia dapat kembali seperti sedia kala.

Pokcik Y sebenarnya sembuh dengan izin ALLAH. Allah mengizinkan dia sembuh apabila berubat dengan doktor yang pakar tuh. Doktor-doktor yang datang sebelum tuh bukanlah tidak hebat, tidak pakar tetapi ALLAH tidak izinkan Pokcik Y sembuh dengan rawatan daripada mereka.


Apabila ALLAH masih tidak izinkan Pokcik Y sembuh, doktor pakar yang terakhir pun tak dapat nak rawat penyakit Pokcik Y, maka Pokcik Y akan tetap berada di katilnya sampai bila-bila sehinggalah tiba masa yang ALLAH tentukan.

p/s: Perlu sentiasa hati-hati dalam pergaulan seharian...BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP.

1 comments:

aniuna said...

assalamualykum fareha...
smg kite saling ingt memperingtkan dlm setiap perbuatan n percakapan... :)