BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

03 August, 2009

"ujian itu kan dari Allah..."

Assalammualaikum w.b.t

Hurm...dalam hidup ini kan Allah sentiasa akan menguji kita, yup jika dikurnia kesihatan...itu adalah suatu ujian dan jika ditimpa kesakitan itu juga satu ujian. Cik Lebah tiba-tiba teringatkan pesan seorang akhawat yang diambil dari salah satu ayat di dalam Al-Quran, lebih kurang begini ayatnya..."Kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji oleh Allah S.W.T"...(afwan, sebab tak ingat ayat dan surahnya)

...

Demam, sesak nafas bila batuk ditambah dengan selsema sekali-sekala pada 01/08/2009 dan 02/08/2009 menyebabkan Cik Lebah mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di Jabatan Kecemasan Hosp. Bukit Mertajam. Ditambah dengan beberapa kes H1N1 yang telah berlaku di UPSI yang akhirnya menyebabkan institusi pengajian ini ditutup mengerakkan hati Cik Lebah untuk membuat pemeriksaan.

"Usaha itu sunnah Rasullulah, Tawakal itu perintah dari Allah".

Agak lama juga Cik Lebah menanti giliran...kerana Jabatan Kecemasan selalunya akan mendahulukan kes-kes kecemasan sahaja. Akhirnya setelah agak lama menanti, tibalah gelaran Cik Lebah untuk mendapat rawatan. Cik Lebah menceritakan detail-detail kesihatan kepada doktor yang merawat dan beliau akhirnya menyuruh Cik Lebah untuk mendapatkan inhaler (rawatan bagi penyakit asma) berserta dengan pengambilan sampel darah.

Dalam hati Cik Lebah hanya satu saja permintaan, sekiranya Cik Lebah telah dipilih untuk menjadi 'insan terpilih' untuk sakit yang masih belum ada vaksinnya ini, moga-moga Allah menjadikan Cik Lebah seorang yang tabah, serta sabar menghadapi sakit ini...AMEEN...

Agak lama juga masa yang diambil untuk rawatan ini, setelah diberikan inhaler dan diambil sampel darah akhirnya Cik Lebah telah di X-ray...dan alhamdullilah hasil dari semua pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan Cik Lebah, negatif H1N1...Alhamdullilah...

Sang Lebah berkata: walaupun tidak dikuarantin dalam hospital, tapi masih tetap lagi kena kuarantin di rumah (...apakah?...) + dibekalkan inhaler juga (untuk asthma, sudah 13 tahun pulih dari sakit ini)

1 comments:

Mama Hazim said...

syafakillah, cik lebah.

semoga rahmat Allah dilimpahkan kepada mu saat ujian mendatang.

Ujian itu anugerah.
muhasabah cinta ye?

^__^
moga terus tsabat,duhai sahabat!