BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

01 March, 2010

Al- Baqarah, 142

Assalammualaikum w.b.t

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
[Al- Baqarah, 142]

...

Ayat 142-152 tertumpu kepada perbicaraan mengenai peristiwa peralihan kiblat umat Islam ketika itu (selepas hijrah ke Madinah), iaitu dari Kaabah ke Masjidil Haram dan kembali semula ke Kaabah.

Menurut riwayat-riwayat, peristiwa peralihan kiblat ini berlaku pada bulan ke- 16 dan ke- 17 hijrah. Pada ketika itu, sesetengah kaum muslimin sedang berada di pertengahan solat apabila mereka mendengarperintah perubahan kiblat itu lalu mereka berpusing menghalakan mukamereka ke arah Masjidil-Haram di tengah-tengah solat mereka danmenyempurnakan solat itu dengan menghala ke kiblat yang baru.

Keadaan ini (perubahan kiblat dari Kaabah ke Masjidil Haram) menyebabkan, Bani Yahudi dan Nasara berkomplot dan meniupkan angin-angin keraguan pada hati umat Islam ketika itu dengan menimbulkan persoalan tentang kebenaran agama Islam yang dianuti kerana menyangkakan umat Islam ketika itu telah menghadap mereka ((perubahan kiblat dari Kaabah ke Masjidil Haram)

Hal ini kerana, diketahui sejak dahulu lagi Kaabah merupakan kebanggaan bangsa Arab sejak zaman jahiliyah sehinggalah Islam bertapak. Imbas kembali, sewaktu serangan tentera bergajah terhadap Kaabah, Bangsa Arab ketika itu sangat melindungi Kaabah. Oleh itu, menjadi sesuatu yang sangat berat sekiranya apa yang telah kita banggakan, agungkan akan diubah 360 darjah.

Namun begitu, peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah S.W.T mahu 'menapis' iman Umat Islam ketika itu dengan melihat kepada iman-iman yang goyah akibat tiupan bisikan-bisikan jahat Bangsa Yahudi dan Nasara selain peristiwa yang berlaku ini merupakan ujian dan dugaan yang besar kepada mereka ketika itu.

Permulaan ayat 'Orang-orang yang bodoh', meruapakan ayat yang dituju kepada Bani Yahudi dan Nasara serta sesiapa sahaja yang meiupkan bisikan goyah itu kepada umat Islam. Tegasnya di sini, Allah sangat murka sehingga menujukan perkataan 'bodoh (kurang akal) kepada mereka

...

Refleksi ayat pada situasi sekarang:

Bangsa Yahudi takkan pernah berhenti meniupkan rasa goyah pada Umat Islam. Pada zaman sekarang, dakyah-dakyah dan tipu muslihat Yahudi tidak akan kita boleh lihat dengan mata kasar. Serangan pemikiran oleh Yahudi telah lama dilancarkan. Antara kita sedar dan tak sedar.Hiburan melampau, pakaian menjolok mata (ala-ala barat), arak, rokok yang akhirnya menyumbang kepada masalah akhlak yang dashat (kes pembuangan bayi, zina)

Imabas kembali: Penaklukan Melaka oleh Portugis (1511). Selalu dibincangkan dan sudah diketahui bahawa pada permulaan datangnya Bangsa Portugis ini ke Melaka adalah disebabkan mahu memperolehi bekalan rempah, namun sedarkah kita mereka sebenarnya mempunyai agenda tersirat, agenda yang sering dilaung-laungkan pada ketika itu adalah mahu menyebarkan dakyah kristinisasi. Adakah sesuatu yang logik, apabila orang Barat mahu menikmati rempah yang pedas, sedangkan mereka sebenarnya tidak tahan pedas?

0 comments: