BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

16 April, 2010

e- mel SAYANG...

e- mel sayang dari seorang kakak yang menyayangi adiknya kerana ALLAH...


“Dan persiapkanlah untuk menentang mereka (musuh) segala jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan dari kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, agar dengan persiapan itu gerunlah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu.” (Al-Anfal : 60)

Kekuatan yang dituntut kepada kita sebagai seorang Muslim sebenarnya merangkumi maknawi yang cukup luas, ia adalah kekuatan jasad dan tubuh badan, kekuatan aqidah dan iman, kekuatan kelengkapan persenjataan, kekuatan ilmu dan thaqafah, dan sebagainya.

Sebagaimana seorang pahlawan mempertajamkan bilah pedang dan menyediakan baju besinya untuk menghadapi peperangan, begitulah juga kita sebagai seorang pelajar, menajamkan mata pensel dan berusaha gigih mengulangkaji pelajaran, demi mencapai kekuatan ilmu dan thaqafah. Seandainya kita memahami tuntutan ini, maka akan lenyaplah rasa hilang keyakinan dalam diri serta rasa lemah, kerana sesungguhnya, kita benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim sejati, iaitu berusaha melengkapkan diri dengan kekuatan yang dituntut Allah S.W.T.

Namun, dalam memenuhi tuntutan ini, jangan kita lupakan satu elemen terpenting: iaitu segala ketentuan adalah milik Ilahi. Yang dituntut pada diri adalah usaha, natijah atau hasil akhirnya bukanlah disandarkan pada diri kita. Oleh itu, amatlah perlu untuk kita mendekatkan diri kepada Yang Menetapkan Natijah itu dan memanjatkan pengharapan kepadaNya.

Berjaya atau tak bukan bergantung kepada BERAPA BANYAK kita stadi, tapi BERAPA BERKAT stadi kita tu. Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya, dan Allah menetapkan kesudahan yang bertentangan dengan kehendak kita, maka sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya.. ..

Buat adik2 k*f yang bertebaran di luar sana,

Selamat bermujahadah dalam menghadapi exam finals!! Semoga dipermudahkan dalam segala urusan....


Ijazah itu alat... Risalah itu matlamat...



Bittaufiq wannajah fil imtihan!!

Bismillaah, tawakkaltu ‘ala Allaah, wa laa hawla wa laa quwwata illa Billaah. Allaahumma inni a’oodhu bika an adilla aw udalla, aw azilla aw uzalla, aw azlima aw uzlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya

(In the name of Allaah, I put my trust in Allaah, and there is no strength and no power except with Allaah. O Allaah, I seek refuge with You lest I should stray or be led astray, lest I slip (commit a sin unintentionally) or be tripped, lest I oppress or be oppressed, lest I behave foolishly or be treated foolishly).”