BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

17 July, 2009

Jia you!!!Jia you!!!

Assalammualaikum w.b.t

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat...tidak pernah selesai”

...

Alhamdullilah...report dan slide presentation PBL untuk subjek TBD 2013 (Developmental Biology) sudah pun siap (untuk bahagian Cik Lebah). Hanya tinggal untuk digabungkan bersama bahagian-bahagian para sahabiah yang lain...insya allah. Afwan kepada para sahabiah dalam group Cik Lebah kerana untuk penggabungan report berserta slide presentation PBL, Cik Lebah tidak dapat bersama-sama menyertainya kerana pada hujung minggu ini kehadiran Cik Lebah di suatu tempat amat diperlukan. Bukan Cik Lebah mengelat dari membuat kerja bersama-sama antunna sekalian, tapi perkara hujung minggu ini penting untuk Cik Lebah hadiri. Afwan sekali lagi.

Malam ini perancangannya, Cik Lebah akan membuat ulangkaji bagi subjek TBD 2013 (Developmental Biology) dan TKU 1013 (Introduction Chemistry I) kerana pada minggu depan ada dua kuiz serentak, iaitu hari Isnin untuk TKU 1013 dan Selasa untuk TBD 2013. Doakan untuk kejayaan kita bersama...insya allah

Sang Lebah berkata: Jazakillah khairan kathira buat sahabiah kerana memahami diri ini.

0 comments: