BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

14 July, 2009

'Sarang' Part 2

p/s: Entry ini merupakan lanjutan dari entry Sarang Baru

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah...segala puji dipanjatkan ke hadratNYA. Setelah sekian lama, akhirnya ‘sarang’ kepunyaan Cik Lebah dapat juga menge’pos’kan ‘madu’nya buat tatapan ‘mereka’ di alam maya ini. Janganlah ditanya tentang ke’hilang’an Cik Lebah di ‘alam maya’...bukanlah diri Cik Lebah yang ‘kacik’ini sengaja untuk melenyapkan diri. Ke’hilang’an Cik Lebah di ‘alam maya’ adalah disebabkan ‘jaringan’ yang tidak disediakan di ‘sarang’ baru Cik Lebah...namun hal ini sebenarnya tidak menghalang Cik Lebah untuk bertanyakan khabar sahabat-sahabat jaringan malah ‘sahabat-sahabat yang tidak berada di likungan ‘jaringan’ ini masih tetap berada dalam kalbu Cik Lebah...insya allah...

Yup, seperti yang Cik Lebah katakan di awal bicara kita, Cik Lebah bukan sengaja untuk tidak mem’bekal’kan madu buat cicipan pengunjung sekalian. Kelewatan men’cicip’kan madu ini kerana ‘jaringan’ yang tidak dibekalkan di sarang baru Cik Lebah. Bila berkata tentang ‘sarang’ baru Cik Lebah...semua tahukah Cik Lebah telah berpindah ke rumah baru?

Sudah hampir seminggu Cik Lebah ber’sarang’ di rumah baru yang terletak berdekatan dengan kampus di mana Cik Lebah menuntut ilmu dan menimba pengalaman. Alhamdullilah...suasana di sini amat ketara bezanya berbanding dengan kolej kediaman Cik Lebah terdahulu. Kadang kala Cik Lebah rasa bahagia apabila tiada ‘jaringan’ di sediakan di sini...bukanlah bermakna Cik Lebah menidakkan kepentingan penggunaan internet (‘jaringan’)...bukan juga Cik Lebah menidakkan kepentingan kita untuk mengetahui ‘dunia’ luar sana.

Pemandangan Kolej KUO dan Bahtera Terrace dari tingkat atas bangunan Kolej Kediaman KHAR (tempat Cik lebah menginap dahulu)

Rumah Cik Lebah di KHAR dahulu

Kadang-kadang Cik Lebah akui Cik Lebah agak leka bila diri Cik Lebah telah hanyut di alam maya. ‘Sibuk’ menguruskan perkara-perkara yang remeh di ‘alam maya’...yang telah diketahui tiada kepentingannya, astagfitrullah...

Berada di rumah baru membuatkan Cik Lebah untuk lebih fokus kepada apa yang seharusnya Cik Lebah lakukan. Dan yang paling membuatkan Cik Lebah bahagia berada di sini ialah apabila masa dan waktu yang menjadi milik Cik Lebah terasa begitu penting sekali...hanya perkara penting saja jika mahu berurusan dengan Cik Lebah, hanya perkara penting sahaja. Perkara remeh rasanya tolakkan sahaja pada mamak jual tosai...hehe

Sahabiah-sahabiah di rumah ini juga alhamdullilah semuanya baik-baik belaka, mengingatkan diri ini untuk lebih mengingati kepada yang berhak. Walaupun pada mulanya Cik Lebah berasa agak janggal untuk berada di samping mereka yang sememangnya telah lebih lama mengenali antara satu sama lain...namun hal ini tidak menghalang Cik Lebah untuk bergaul rapat dengan mereka. Ada antara rakan-rakan Cik Lebah yang mengetahui perihal Cil Lebah yang terpisah dari mereka menyoalkan hal ini...tinggal dengan rakan sekelas yang mana? Sungguh...Cik Lebah akan menjadi kelu untuk beberapa saat memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan ini.

Dan untuk ayah serta bonda Cik Lebah yang lebih-lebih lagi hairan dengan fiil anaknya yang pelik ini, akan Cik Lebah buktikan...”I’M SURVIVOR, MOM AND DAD!!!”. Walaupun tidur beralaskan lotto yang entah berapa abad umurnya, bukan lagi beralaskan tilam empuk yang membutkan tidur hanyut ke siang hari...walaupun hanya makan bersila persis anak jepun dan bukannya makan di atas kerusi kayu sehingga kenyangnya berlebihan-lebihan...walaupun hanya belajar dalam keadaan bersila sehingga kebas kaki dan bukannya belajar atas kerusi keras sehingga lupa perkara lain...akan Cik Lebah buktikan yang Cik Lebih boleh BERJAYA dan “I’M SURVIVOR, MOM AND DAD!!!”

Nampaknya sampai di sini saja ‘buzz’ Cik Lebah. Berjumpa bicara kita di alam maya ini untuk kesekian kalinya nanti...insya allah

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat...tidak pernah selesai”

Sang Lebah berkata: Syorkan siapa-siapa yang selalu 24 jam di hadapan internet untuk duduk di kawasan yang tiada internet...mesti akan menjerit ‘BOSANNNNNYAA!!!” (hehe)

1 comments:

Mama Hazim said...

A new phase in life.
hope it will turn you into a better person. bi iznillah.

^__^