BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

20 June, 2008

Kentalkah semangat ini?


Adik cepat baca sifir nanti adik tak bleh nak buat math

Dengan muka yang berkedut seribu adik cuba menghafal,

1 x 2 = 2

2 x 2 = 4

Semakin laju adik menghafal, dari satu angka ke satu angka

3 x 2 = 6

4 x 2 = 8

Namun apabila sudah jauh adik meninggalkan angka 1...

5 x 2 =...

Lama adik memikir...

Adik, kalau adik tak tahu adik tambah dua. Selepas 4 x 2 = 8 kan? Selepas 8 tambah 2 kita dapat berapa?

Kakak menanti dengan penuh sabar apabila melihat adik bersungguh-sungguh mengcongak.

Ha!! 5 x 2 = 11

Tersasar jawapan adik...

Adik, selepas 8, klau kita tambah 2 kita dapat berapa? Cuba adik kira betul-betul. Salah tu jawapan 11

Kakak yang setia menunggu melihat wajah kehampaan adik yang menyangkakan jawapan yang diberikan kepada kakak adalah betul

Kakak menunggu dengan penuh sabar...menantikan jawapan dari adik. Harapannya adik akan terus melangkah laju menghafal sifir 2 seterusnya sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6...dan akhirnya beroleh markah yang tinggi dalam matapelajaran matematik dan pasti antara nombor 1 dan 10 adalah reserve khas untuk adik.

Kakak tahu adik boleh menghafal sifir, kakak tahu adik pandai...adik rajin berusaha walaupun kadang-kadang adik merungut kepada kakak mengadu

“kenapa la adik susah nak ingat? Dah bnyak kali hafal sifir 2 pun asyik lupa jer”

5 x 2 = 10

Ha!!! tuh baru betul

Kakak lihat wajah adik penuh dengan senyuman...senyuman yang manis menampakkan gigi adik yang tersusun bersih.

Ok, lepas 5 x 2 ?

Kakak dengar keluhan kecil adik...mungkin sudah penat. Tapi kakak tak mahu adik berhenti...kakak tahu adik boleh hafal sifir ini.

6 x 2 = 12

Teruskan adik

Untuk melangkah ke angka seterusnya adik membaca kembali

6 x 2 = 12

Dan akhirnya...

7 x 2 =...

Adik, cuba adik tambah 2. Tadi lepas 6 x 2 kita dapat 12 kan? Jadi selepas 12 klau kita tambah 2 berapa?

Kali ini suara kakak agak tinggi. Tetapi apabila melihat kesungguhan adik mengira, mengcongak kiraan ini yang mungkin dianggap ‘kacang’ oleh sesetengah kanak-kanak seusia adik, Kakak segera beristighfar.

Lama kakak menunggu jawapan adik. Berpeluh kakak menanti jawapan adik...sama juga dengan keadaan adik, berpeluh...mungkin basahnya lebih dari Kakak. Basahnya yang hebat mungkin terkejut akibat dari suara Kakak yang meninggi tadi.

Namun, Kakak lihat adik tidak merenggek mengadu untuk dihentikan hafalkan ini. Malah, adik berusaha untuk mengira kiraan ini. Kakak kagum dengan adik.

Adik bukan orang yang cepat berputus asa. Kadang-kadang Kakak sendiri malu pada diri Kakak. Malu pada diri adik. Kalaulah adik tahu sifat Kakak yang cepat berputus asa ini, mungkin adik sendiri senyum sinis pada Kakak.

Kakak harus contohi adik.Kuatkan hati. Tebalkan dinding sel-sel hati ini!

7 x 2 = 14

Betul!

Adik tersenyum lagi...tersenyum bangga bila mendengar jawapan ‘betul’ dari Kakak. Adik bangga dengan kejayaan ini kerana adik tahu selepas ini adik akan melangkah kepada angka berikutnya. Namun adik tidak leka...adik teruskan

8 x 2 = 16

Betul, adik!...Teruskan adik.

Kakak masih mahu memberikan semangat kepada adik walaupun sudah hampir setengah jam berada di sisi adik menghafal sifir ini.

9 x 2 =...

Sekali lagi...

Adik tak menyerah kalah. Walaupun ada orang yang mengeluarkan perkataan yang sinis pada adik...namun adik tidak meminta pada Kakak untuk diberhentikan hafalan ini.

Sebab adik tahu, andai diberhentikan hafalan sifir ini, kemungkinan adik tidak akan dapat menjawab soalan matematik seterusnya adik akan mendapat markah yang tercorot dalam subjek ini dan seterusnya nombor tercorot pasti milik adik.

Dan kakak tahu adik semestinya bukan pelajar yang mahu nombor tercorot...bukan?

9 x 2 = 18

Meluncur laju dari mulut comel adik

10 x 2 = 20

Dan pasti...

11 x 2 = 22

Akhirnya...

12 x 2 = 24

Berseri wajah putih adik dengan senyuman, senyuman kejayaan.

Adik kena baca lagi nie, adik tak lancar lagi. Kalau dah lancar baru boleh ubah sifir 3.

Kakak terdengar lagi keluhan kecil adik...namun keluhan itu hanya sebentar.

Adik mahu dapat markah tinggi dalam subjek matematik. Kalau adik tak lancar sifir, adik tak dapat jawab soalan matematik. Kalau tak dapat jawab soalan matematik, macam mana Adik nak dapat antara nombor 1 dengan 10. Adik tak mahu dapat nombor corot.

Biarlah Adik ulang sifir 2 banyak kali...biar berbuih mulut comel Adik menghafal, asalkan Adik tak dapat tempat belakang dalam kelas.

Kental semangat tubuh kecil ini. Tak sama kentalnya dengan semangat Kakak yang dianggap matang ini. Malu Kakak pada Adik...lagi malu Kakak pada diri ini.

Lantaran itu, Kakak masih di sisi Adik...menunggu Adik. Mahu meyaksikan semangat kental ini!

p/s : Tebalkan dinding sel-sel hati ini!

0 comments: