BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

25 February, 2009

Adakah Kau Lupa???

Assalammualaikum w.b.t

Baru tadi Cik Lebah melalui laman web rasmi Universiti tercinta, tempat Cik Lebah terus berjuang mencari ilmu. Tapi, dengan spontan mata Cik Lebah terpandang beberapa events yang discrollkan secara automatik. Antara events yang agak menarik perhatian Cik Lebah ialah tentang events Pertandingan Mencari Bintang '09 UPSI Fantasia...ermmm

Cik Lebah cuba mencari maksud perkataan Fantasia dalam kamus...apa yang Cik Lebah dapati:

Fantasia (fantasi)- angan-angan, khayalan

----------------------------------------------------------------------------------


Masih lagikah saudaraku berkhayal, berangan sedangkan islam yang dianuti dihina? Tiada martabat untuknya sedangkan ini agama yang diredhai olehNYA.

Jangan dilupa suatu masa dahulu Kerajaan Bani Abasiyyah pernah menjadi Ustiazatul Alam...
Pernah menjadi ikutan...segala yang dibuat, dijadikan contoh oleh mereka yang masih dalam kegelapan.

Namun, disebabkan terlalu mewah...disebabkan perkara yang remeh-temeh dipentingkan sehingga menimbulkan peergaduhan...disebabkan terlalu asyik dengan dunia mereka...disebabkan terlalu leka mengukir...disebabkan terlalu leka bersyair a.k.a berhibur...

Sehingga sampai pada akhirnya, mereka lupa segala-galanya...hatta untuk berperang sekali pun.

Lupa bagaimana menyusun strategi peperangan sedangkan mereka yang terdahulu cukup digeruni oleh musuh-musuh islam...lupa...lupa...lupa segalanya

Maka, usah ditanya mengapa berkuburnya Kerajaan Bani Abasiyyah.

Dan kita...dimana kita sebenarnya?

Masih lagi mahu berfantasi dengan dunia sendiri?

Bila lagi mahu ke dunia realiti?
--------------------------------------------------------------------------------

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Sang lebah berkata: Bila lagi mahu menakluk 2/3 dunia?

0 comments: