BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

17 February, 2009

Islam @ islam

Assalammualaikum w.b.t

Situasi 1:

Lebah X merupakan seekor lebah yang menganut agama Islam (huruf besar) sejak dari keadannya dalam bentuk telur lagi. Beliau tahu bahawa beliau adalah seorang islam. Pada kad identitinya tertera nama beliau bersertakan agama yang dianuti...
Nama: SANG LEBAH BIN/BINTI SANG LEBAH
Agama Islam

Namun...keajaiban berlaku pada dirinya yang Islam

Antara keajaiban yang berlaku:

1. Beliau tidak memakai alas kepala apabila keluar dari sarangnya.
2. Beliau tidak mempunyai ikatan yang sah dengan anak Sang lebah dari sarang pokok sebelah. Dengan perasaan yang tidak berasa serba salah, beliau dengan bangganya terbang beriringan dengan anak pak cik Lebah tersebut.
3. Beliau jarang membaca Al-Quran yang diberikan oleh ayahnya
4. Beliau bergaul bebas tanpa batasan dengan Lebah-Lebah dari pelbagai pokok dan pelbagai sarang.

Situasi 2:

Lebah Z merupakan seekor lebah islam (huruf kecil) yang sungguh taat pada PENCIPTANYA. Beliau tunduk, menyerah diri pada TUHANNYA. Beliau takut untuk melakukan dosa...beliau sungguh takut apabila memikirkan balasan yang akan beliau hadapi sekiranya beliau melakukan dosa dan maksiat. Beliau bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri dari bergaul dengan Lebah-Lebah yang bukan mahramnya. Beliau sentiasa meminta keampunan dari TUHANNYA andai dirinya pernah melakukan dosa dan maksiat.

...

Refleksi:

Apa bezanya Islam (huruf besar) dan islam (huruf kecil) yang kita anuti?

Mungkin ramai yang akan memberikan jawapan, bezanya adalah pada abjad I nya (satu I besar, satu lagi I kecil). Yup, jawapannya betul...bezanya ialah pada abjad I, satu huruf besar dan satu lagi huruf kecil)

Namun tahukah anda signifikannya?

Kalau dahulu kita belajar, perkataan Islam (huruf besar) adalah kata nama, jadi abjad di hadapannya mestilah berhuruf besar...ya, betul...dan sekarang kita sebenarnya masih lagi mengamalkannya iaitu menjadikan islam yang ada hanyalah sebagai nama...sebagai nama yang sentiasa setia kita bawa ke mana-mana. Mengaku islam namun masih tidak tunduk patuh padaNYA, masih lagi tidak menyerah diri padaNYA. Mungkin ada yang mengatakan,

"Ah!, penulis ni...diri sendiri masih bengkok, ada hasrat mahu membetulkan orang..betulkanlah diri kamu tu dulu"

Ya...penulis memang akui diri ini tidak sempurna. Ada lompong-lompong yang masih belum dikambus, namun tak salahkan bukan penulis ingin memberi peringatan untuk dirinya dan orang lain?

Kalau begitu bagaimana pula dengan perkataan islam (huruf kecil). Kalau mengikut apa yang diajarkan di sekolah dulu, ianya merupakan kata kerja. Ya, kata kerja...kata kerja yang kita sepatutnya melakukan kerja yang diperintahkan...kerja tunduk, patuh, mengabdikan diri padaNYA...sesuai dengan ayat Al-Quran yang diturunka olehNYA:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU" (Az-Zariyat, 56)
"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKU" (Az-Zariyat, 57)
"..."Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi"..."(Al-Baqarah, 30)


Sang Lebah berkata: Refleksi buat diriku...

0 comments: