BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

22 February, 2009

::Kekuatan OlehNYA::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah semalam bertarikh 21.02.2009 Cik Lebah bersama-sama sahabiah-sahabiah ahli kumpulan telah berjuang untuk ke Hutan Behrang untuk mengutip beberapa daun spesis balak atau nama saintifiknya Dipterocarpacea. Perjalanan mengambil masa setengah jam akibat beberapa kejadian ketidakfahaman yang berlaku antara kami dengan pihak Ranger Hutan Behrang. Namun perkara itu tidak menghalang perjalanan kami.


Disebabkan ahli kumpulan Kami yang semuanya terdiri daripada perempuan, maka Kami akhirnya mengambil keputusan untuk mengajak 2 orang lelaki sebagai pengiring Kami, terima kasih diucapkan kepada Akh Zaim dan Akh Ijat.


Cik Lebah mengakui kata-kata nenek moyang dahulu bahawa, setiap kejayaan yang akan dikecapi harus ditempuhi dengan beribu kegagalan dan ujian. Dan untuk menuju kejayaan itu kita semestinya berusaha meredah segala halangan dan bersedia menghadapinya.

Begitulah yang Cik Lebah rasakan sewaktu mendaki Hutan Behrang bagi mengutip daun spesis balak tersebut. Disebabkan tidak cukup persediaan dari segi stamina, Cik Lebah berasa tidak kuat untuk mendaki hutan tersebut dan rasa mengalah akhirnya menghasut hati. Betul apa yang dikatakan oleh guru Cik Lebah, "Setan tuh jahat, dia usaha nak hasut anak adam...dia nak semua anak adam kalau boleh ikut dia masuk neraka".

Namun, berbekalkan saki baki semangat yang ada serta pertolongan dari beberapa sahabat serta sahabiah yang sama-sama mendaki hutan tersebut dan yang paling UTAMA keizinan dari yang MAHA ESA...akhirnya berjaya juga Cik Lebah mendaki hutan tersebut...Alhamdullilah.

Setelah 4 jam berada di situ iaitu dari pukul 8.00-12.00, Kami pun sama-sama tiba di kolej kediaman masing-masing. Namun ujian dan halangan tidak berakhir dengan pendakiaan di hutan tersebut. Kami juga telah diuji untuk mengenali satu makhluk ciptaan ALLAH S.W.T iaitu Si Lintah...Subhanallah. Walaupun manusia itu diciptakan sebaik-baik ciptaan, namun masih lagi tidak dapat menahan kemaraan Si Lintah berkongsi darah yang ada terkandung dalam badan ini.

Pada malam hari itu juga, tenaga yang ada pada Cik Lebah tidak berakhir di katil seawalnya. Ini kerana pertemuan bersama Keluarga Cik Lebah harus dijalankan. Demi perkara yang bernama "Kewajipan Seorang islam" Cik Lebah kuatkan hati walaupun mata ini separuh terbuka. Dengan semangat ini juga Cik Lebah akhirnya dapat mengumpul "madu" dan sekali lagi yang paling UTAMA...kekuatan yang diberikan olehNYA...Alhamdullilah




Sahabiah Cik Lebah




Destinasi Kami



Pak Cik Lintah...kekenyangan setelah menghisap darah



p/s: Alhamdullilah kerana diberikan kekuatan olehNYA

0 comments: