BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30 January, 2009

KERIS (Part 2)

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah sudah 4 hari Cik Eha berada di kampung halaman iaitu di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam. Akhirnya sempat juga Cik Eha menaiki kereta api pada pukul 5.10 petang (kereta api Cik Eha agak lambat daripada yang dijangkakan...geram pula hati Cik Eha ni). Sebelum tuh Cik Eha nak memohon sepuluh jari tanda kemaafan kerana entry terbaru ini agak lambat dipublishkan. Okla, cerita Cik Eha tertinggal kereta api atau kisah Cik Eha meluangkan masa cuti ini bukanlah tajuk utama entry kali ini. Kali ini seperti yang dijanjikan Cik Eha akan menceritakan pengalaman Cik Eha berprogram di Ulu Yam, Selangor.

...


Cik Eha akan cuba menceritakan aktiviti-aktiviti yang menarik yang kami lakukan di sini. Namun begitu ini bukanlah bermakna semua aktiviti yang dijalankan di sini tidak menarik. Slot-slot ceramah, insya allah Cik Eha akan publishkan entry yang berlainan.

Pada petang hari Ahad itu kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua. Kemudian kami dibawa ke satu kawasan yang luas. Sebelum itu setiap orang dari kami diarahkan untuk membawa sehelai kain dan tali rafia yang telah dibekalkan oleh fasi di awal program. Arahan diberikan oleh fasi agar setiap dari kami mengikat tali rafia ke tangan masing-masing dan memastikan tali rafia itu bersambungan antara satu sama lain. Seterusnya kami diarahkan untuk menutup mata masing-masing menggunakan kain yang dibawa. Ketua setiap kumpulan diberikan arahan untuk membawa anak buah mereka ke satu kawasan dengan menggunakan 4 arahan iaitu 'bergerak ke hadapan', 'belakang', 'kanan', ataupun 'kiri'. Setiap anak buah perlu menggunakan deria mendengar dengan teliti untuk mengecam suara ketuanya. Aktiviti dimulakan.


Cik Eha rasakan pasti pembaca entry ini akan cuba membayangkan keadaan yang berlaku di kawasan itu...ya, keadaan begitu kecoh sekali disebabkan setiap ketua akan cuba sedaya upaya melaungkan arahan supaya anak buahnya akan sampai ke destinasi yang dituju tanpa ada sesiapa pun yang terpisah. Cik Eha bersama sahabiah di belakang Cik Eha iaitu, Cik Dayah berusaha mengikut ahli sahabiah yang lain di hadapan dengan merasakan gerak tali rafia yang diikat di pergelangan tangan kami. Namun seketika Cik Eha dapat merasakan tali rafia yang menyambungkan tangan Cik Eha dengan Cik Za di hadapan terputus kerana dipotong oleh fasi.


Cik Eha agak panik pada permulaannya kerana Cik Eha merasakan tiada siapa-siapa yang akan membawa kami. Akhirnya Cik Eha mendengar suara-suara yang cuba mengarah kami untuk bergerak mengikut arahannya, tapi Cik Eha agak ragu-ragu untuk mengikut arahannya. Ianya bukan arahan yang keluar dari ketua kami, Cik Ain. Akhirnya Cik Eha membatukan diri di situ. Tiba-tiba Cik Eha dapat mendengar arahan ketua Cik Eha ditambah dengan rasa naluri yang kuat mengatakan bahawa itulah suara ketua Cik Eha, Cik Eha dengan pasti bergerak menuju ke depan sehingga terlanggar seseorang (akibat rasa teruja...hehe)



Di akhir slot, terdapat sahabat serta sahabiah gagal untuk bersama jemaah mereka memberi komen mereka. Ada di antara mereka yang menangis di bawah pokok akibat ketakutan ditinggal bersendirian, ada juga di antara mereka setia menunggu di bawah tiang lampu.



Slot LDK pada petang hari Ahad membuatkan Cik Eha terfikir bahawa betapa pentingnya kita untuk duduk bersama dalam satu jemaah. Kadang-kadang kita akan merasa selesa untuk berada dalam situasi berseorangan namun perkara tersebut tidak akan membawa sebarang erti andai kita tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan disebabkan oleh tiada jemaah yang bersama-sama dengan kita. Ada lagi pekara yang penting yang Cik Eha dapat dari LDK ini, iaitu kepentingan kita untuk mendengar, mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua. Biarpun siapa ketua kita...andai keputusan muktamad telah dipilih untuk melantiknya maka sikap untuk mematuhi arahannya perlu dilakukan. Namun begitu ini bukanlah bermakna semua arahannya perlu dipatuhi, penilaian setiap arahan perlulah diteliti terlebih dahulu.


p/s: Jom kita hidup berjemaah!

1 comments:

Anonymous said...

salam cik eha.. :)
perkongsian pengalaman yg bagus...
teroskan berkongsi...
kite setia membace..